Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Yang Anda Perlu Amalkan Untuk Mengelakkan Ikan Goreng Melekat Pada Kuali!

Tips Yang Anda Perlu Amalkan Untuk Mengelakkan Ikan Goreng Melekat Pada Kuali!

Kategori: ,

Sajian Ikan Goreng yang panas-panas dan baru diangkat semestinya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk menikmati tak kira waktu. Mudah dan jimat untuk disediakan tapi ramai di antara kita tak suka untuk menggoreng ikan kerana ikan tersebut asyik melekat saja pada kuali.

Kalau anda menghadapi masalah tersebut, jom kita baca perkongsian dari seorang pengguna di Facebook mengenai cara cara yang diamalkan olehnya untuk mengelakkan ikan yang digoreng melekat pada kuali.

Tips Untuk Elakkan Ikan Goreng Melekat Pada Kuali

  1. Asam Keping – Sebelum menggoreng ikan, gorengkan beberapa asam keping.
  2. Garam – Taburkan sedikit garam dalam minyak panas. Pastu goreng ikan seperti biasa.
  3. Halia – Gorengkan beberapa hiris halia sebelum menggoreng ikan.
  4. Kulit Bawang – Kulit bawang dikatakan dapat membuatkan ikan goreng tidak melekat pada kuali. Masukkan kulit bawang bersama ikan semasa menggoreng.

Cuba empat langkah saja yang anda perlu amalkan sebelum menggoreng ikan. Tak susah pun dan bahan sudah tersedia ada di rumah. Selamat mencuba dan jangan lupa share pada kawan-kawan semua!

Kredit: Khairatu Amalina

Baca Juga: Mengiurkan Sungguh Ikan Goreng Masak Asam Ni, Bau Semerbak Sampai Ke Rumah Jiran!

tags: