Sebagai seorang suami, peranan kita bukan sahaja untuk mencari rezeki buat keluarga tapi turut bantu meringkan beban isteri di rumah.
Jadi apa salahnya jika sekali-sekala kita juga turut menghulurkan sedikit bantuan. Memandangkan si isteri selalu sahaja memasak, tentu mereka juga tidak berkesempatan untuk membeli barangan keperluan dapur.
Oleh itu, si suami perlulah membantu dan ke kedai untuk membeli. Tapi hati-hati, kalau tersalah beli, tentu si isteri akan mengamuk besar!
Memandangkan barangan mula berkurangan dan si isteri tidak berkesempatan untuk membeli kerana terlalu sibuk dan penat, seorang lelaki diminta untuk ke kedai dan membeli satu sup bunjut untuk dimasak bersama sup nanti.
Ingin membantu si isterinya, lelaki itu terus bergerak ke kedai dan membeli apa yang diminta. Membawanya pulang kepada isteri, dia bagaimanapun berasa hairan apabila reaksi isterinya berubah menjadi marah.
Dia juga musykil bagaimana isterinya boleh memarahinya sedangkan dia melakukan apa yang disuruh. Nak satu sup bunjut tapi bawa balik satu papan pun boleh kena marah juga?
@supbunjut9 satu papan ko beli jang🤣🤣🤣
@kajaijainisatu papan ko beli jang🤣🤣🤣♬ Ngakak Muka Manyun (Voice Mix) – shaniamelia
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Maklumlah terlalu sayangkan isteri, tak perlu susah-susah selepas ini, beli banyak-banyak lebih mudah. Boleh digunakan untuk kemudian hari!
Macam-macam pula karenah suami bila si isteri minta tolong dan suruh belikan barang, kan? Lain kali isteri pun kena berhati-hati dan jelaskan dengan sebaik mungkin setiap arahan supaya hal sebegini tidak berlaku.
Si suami pun kena alert agar perkara sebegini tak berlaku. Kesian pula dekat si isteri sebab terlalu rungsing memikirkan hal ini.
Kredit: kajaijani
Baca Juga: “Mana Moral?”, Restoran KFC Dibiarkan Bersepah, Lelaki Kecewa Dengan Sikap Pelanggan Lain