Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makanan Di Majlis Kenduri Kehabisan, Tuan Rumah Beli Lauk Di Kedai Mamak Untuk Tetamu

Makanan Di Majlis Kenduri Kehabisan, Tuan Rumah Beli Lauk Di Kedai Mamak Untuk Tetamu

Kategori:
Beli Lauk Di Kedai Mamak

Sempena meraikan perkahwinan di antara dua insan, pelbagai perancangan yang perlu dilakukan. Ini bagi memastikan majlis yang akan diadakan berjalan dengan lancar.

Namun ada kalanya hal yang tidak diduga akan berlaku yang akhirnya memberi kesan pada tetamu. Demi menjaga hati semua pihak, tuan rumah perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan mempunyai solusi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti yang telah dilakukan oleh lelaki ini.

Makanan Di Majlis Kenduri Kehabisan, Tuan Rumah Beli Lauk Di Kedai Mamak Untuk Tetamu

Mengadakan sebuah majlis kenduri untuk menyambut pasangan pengantin, seorang lelaki minobo13 mengajak kenalan terdekat untuk memeriahkan majlis tersebut.

Tak sangka tetamu yang hadir begitu ramai pada hari tersebut, dia mula berasa risau jika lauk yang dihidangkan tidak mencukupi. Tak sampai beberapa lama, ia telah kehabisan. Beli Lauk Di Kedai Mamak

Tanpa menghabiskan masa, dia bersama beberapa individu menuju ke kedai mamak berhampiran bagi mendapatkan lauk yang lebih buat para tetamu yang kelaparan. Beli Lauk Di Kedai Mamak

Membungkus dua plastik besar berisi dengan ayam goreng, dia juga mendapatkan seperiuk kari yang ada. Walaupun perlu menghabiskan wang yang lebih, jelas lelaki itu lebih mementingkan kepuasan tetamu.

@minobo13

Bila lauk knduri kwen tk ckup maka mamak laa jadi caver kita orang😅😅..nsib mamak nk bntu msak semuanya..terbaik #mamakibrahinmaju #laukhabis

♬ Return of the Tres – Delinquent Habits

@minobo13 Bila lauk knduri kwen tk ckup maka mamak laa jadi caver kita orang😅😅..nsib mamak nk bntu msak semuanya..terbaik #mamakibrahinmaju #laukhabis ♬ Return of the Tres – Delinquent Habits

Di ruangan komen, orang ramai mengatakan bahawa ini bukan pertama kali kedai mamak menjadi solusi buat tuan rumah majlis. Menurut beberapa warganet, semenjak dahulu lagi, orang ramai akan selalu ke kedai mamak demi mendapatkan makanan jika kehabisan lauk di majlis mereka.

Kedai Mamak Selalu Menjadi Solusi Beli Lauk Di Kedai Mamak

Bagus sangat tuan majlis. Dari terus panik dan membiarkan tetamu, dia terus pergi mencari kedai mamak yang berdekatan dan membeli lauk buat mereka yang kelaparan.

Walaupun perlu mengeluarkan wang yang lebih tapi yang penting tetamu dapat pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang puas.

Kredit: minobo13

Baca Juga: Geram Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit, Akhirnya Peniaga Ini Buat Macam Ni..

tags: | | |