Starbucks merupakan sebuah jenama kopi antarabangsa yang sangat dikenali ramai. Selain dari aneka kopi, teh dan pastri yang ada, ia juga mempunyai tumbler dan cawan-cawan yang menarik. Ada juga yang limited edition dan boleh dibeli dengan harga-harga tertentu.
Jadi bagi peminat Starbucks, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi yang ada. Sanggup menghabiskan wang yang begitu banyak demi cawan-cawan dan tumbler Starbucks, mereka begitu menyanyanginya. Bahkan ada yang tak mampu berpisah dengan koleksi mereka. Kalau hilang, merekalah yang paling kalut mencarinya.
Terbaharu, seorang lelaki berasa panik apabila mengetahui bahawa tumbler Starbucks kesayangan miliknya telah dibuang oleh neneknya di kawasan lumpur di belakang rumah.
Neneknya yang sedang mengemas, tidak berniat untuk berbuat begitu dan bersangka bahawa tumbler tersebut hanyalah gelas biasa yang tidak mempunyai apa-apa nilai dan telah membuangnya.
Bila ingin menggunakannya tapi tak menemuinya, lelaki itu berasa panik dan menanya pada semua mengenai tumbler Starbucks kesayangannya. Dimaklumkan ia telah dibuang oleh neneknya, lelaki itu terus membuang selipar dan sanggup meredah lumpur di bawah rumah demi mendapatkan tumbler tersebut.
Tercari-cari dan akhirnya menemui tumbler kesayangannya itu, dia terus membawanya pulang untuk dibersihkan sebaiknya.
https://www.tiktok.com/@runyrubyjane/video/7094821698318437659?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@runyrubyjanedemi setumblr starbucks ☺️👍🏻 mau redha pun nda sanggup 🤣
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Tambahan pula, ada yang seperti menggeleng kepala dengan perkara yang telah dilakukan neneknya sehingga menyebabkan lelaki itu sanggup meredah lumpur dan kotoran.
Sesiapa sahaja akan berasa panik bila kehilangan barang kesayangan mereka. Walaupun bagi sesetengah orang tumbler Starbucks itu tidak mempunyai apa-apa nilai tapi bagi lelaki itu, mungkin ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan mempunyai beribu makna.
Kredit: runyrubyjane
Baca Juga: “Salah Lagi Ke Aku?”, Tolong Belikan Sup Bunjut Untuk Isteri Pun Kena Marah, Lelaki Ini Hairan