Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ugut Restoran Kalau Tak Bagi Sos Percuma, Pemilik Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Pelanggan

Ugut Restoran Kalau Tak Bagi Sos Percuma, Pemilik Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Pelanggan

Kategori:
tak-bagi-sos-percuma

Dalam industri makanan dan minuman, perkhidmatan pelanggan memainkan peranan penting bagi menjaga imej dan reputasi perniagaan. Jadi semua pemilik sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menjaga hubungan dengan pelanggan.

Namun berurusan dengan manusia ini sangat mencabar. Ini kerana tak semua orang mempunyai adab dan suka mengambil kesempatan pada ramai peniaga kecil.

Ugut Restoran Kalau Tak Bagi Sos Percuma, Pemilik Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Pelanggan

Seperti yang berlaku dan telah dikongsikan baru-baru ini oleh Restoran Pakcik Wong, yang berasa sangat kesal dengan sikap seorang pelanggan.

Menurutnya, restoran itu telah menerima satu pesanan dari seorang pelanggan yang dikenali sebagai Riz menerusi aplikasi Foodpanda. Dalam nota pesanan tersebut, pelanggan telah meminta untuk diberikan sos lebih, kalau tidak dia akan memberi penilaian rendah pada restoran tersebut. tak-bagi-sos-percuma

Terkejut dengan ugutan tersebut, pihak restoran bagaimanapun tetap menyediakan pesanan pelanggan itu tapi memesan pada pelanggan di resit dengan memberitahu bahawa mereka tidak kisah jika pelanggan mahu memberi penilaian rendah kerana tidak mahu memberi sos lebih. tak-bagi-sos-percuma

Tambah pihak restoran juga, pelanggan boleh meminta sos lebih di ruangan Add-On yang ada di aplikasi tersebut.

Tak serik, pelanggan tersebut sekali lagi membuat pesanan dengan meminta perkara yang sama dan pihak restoran tidak melayan kerenah pelanggan tersebut.

Kecewa dengan sikap pelanggan itu, pihak Restoran Pakcik Wong terpaksa mengemukakan isu tersebut di media sosial untuk dijadikan pengajaran buat pelanggan lain.

“Sos kami memerlukan ramuan untuk dimasak, bukan ready made sos tomato pakai tuang je. Untuk makluman semua, harga di platform Foodpanda adalah lebih mahal kerana mereka ada mengenakan komisen.”.

tak-bagi-sos-percuma

Tambah mereka lagi, “Rider pun kena dibayar gaji, mereka bukannya kerja untuk Free. Kalau nak harga murah, disarankan walk in dan order di kedai. Dan untuk Riz, kami di sini pun advise Riz untuk belajar memasak di rumah ya. Tidak perlu lah nak order dengan kami lagi.”.

Akhir sekali, pihak restoran tersebut menekankan bahawa budaya hormat menghormati perlu lah diamalkan oleh diri sendiri, bukannya harap orang lain memberikannya secara percuma.

Meninjau di ruangan komen, pelanggan setia restoran tersebut tampil dengan memberi sokongan pada pihak restoran tersebut.

“Bertabah lah Pak cik Wong, memang wujud customer aneh-aneh!”, pujuk seorang pelanggan.

Pelanggan Setia Hadir Bagi Sokongan Pada Pihak Restoran tak-bagi-sos-percuma

Pelanggan tak semestinya betul dan berhak untuk melakukan mana-mana peniaga seperti ini. Seharusnya kita perlu cuba memahami situasi pihak lain juga sebelum bertindak mementingkan diri sendiri.

Kredit: Restoran Pakcik Wong

Baca Juga: “Habis Nasi Siap Baju Kurung!” – Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit, Orang Ramai Terhibur Lihat Lelaki Ini

tags: | | |