Isteri mana sahaja yang tak sayang dengan suami, kan? Bila tengok suami sakit dan kelaparan pun tak sanggup. Namun, tanggungjawab seorang isteri itu tidak mudah. Bukan sahaja para isteri zaman sekarang sibuk dengan kerjaya masing-masing tapi juga dengan urusan rumah tangga.
Bertuahnya si lelaki yang dapat berkahwin dengan wanita yang serba boleh. Tambahan yang gemar memasak, semua jenis masakan dia ingin cuba untuk menambat hati si suami. Semuanya dia ‘terer’!
Meskipun seorang wanita itu mahir dalam apa jua masakan, namun mesti ada waktunya dia akan tertumpas. Dah idea tapi bila dicubanya, hasilnya amat mengecewakan, boleh tergelak pula bila dilihatnya.
Di laman Facebook, seorang pengguna, Norlleyla Abdulla, memuat naik beberapa keping gambar, berkongsi hasil masakannya baru-baru ini. Menurutnya, dia gigih ingin mencuba masakan yang baru buat suami tercinta. Yakin dengan bakatnya, dia tidak menyangka bahawa hasil masakannya boleh membuatnya tergelak!
Namun, rupa cakoi tersebut tidak penting buatnya kerana melihat si suami dengan gembiranya menghabiskan hidangan tersebut sudah memadai buatnya.
Husb nk makan cakoi malam2. gigih Google mlm2 buta.konon nk suprise lah bini terer sume bende
Nak begitu,jadinya begini.
Goreng seketul,tergelak2 mengekek sendiri kt dapoqq.
Rupe x penting yg penting laki aku senyum je sepanjang makan cakoi aku tuu sampai habisKalau korang nk resepi jgn lupe piyem aku k. Nnt aku ajar step
Menjengah di ruangan komen, warganet turut tampil untuk terhibur melihat hasil masakannya. Masak tak jadi tak apa, yang penting rasanya tetap sedap.
Betul tu, rupa tak penting, yang penting rasanya. Kalau suami masih lagi mampu habiskannya, ertinya masakan anda tak jadi. Dengan lebih praktis, boleh lah baiki rupa masakan anda agar tampak lebih menyelerakan.
Kredit: Norlleyla Abdulla via MATJHN OFFICIAL