Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Dia Takde Mood Tu..” – Usik Kawan Dengan Belangkas Masa Makan, Ramai Nasihat Jangan Bergurau Begitu

“Dia Takde Mood Tu..” – Usik Kawan Dengan Belangkas Masa Makan, Ramai Nasihat Jangan Bergurau Begitu

Kategori:
Usik kawan dengan belangkas

Bergurau sudah menjadi perkara yang biasa di antara kawan-kawan. Dalam satu kumpulan itu, mesti ada seorang yang suka menceriakan suasana dengan mengusik yang lain.

Namun, kalau ingin bergurau pun perlulah kena pada tempat dan situasi. Ada juga segelintir individu seperti kawan lelaki ini yang tidak suka bergurau dan diusik secara melampau, terutamanya ketika baru sahaja ingin menjamu makanan yang ada. Ikuti perkongsian kejadian tersebut.

“Dia Takde Mood Tu..” – Usik Kawan Dengan Belangkas Masa Makan, Ramai Nasihat Jangan Bergurau Begitu

Mengunjungi sebuah kedai makan bersama kawan-kawan untuk menikmati steamboat sambil melepak, galerifarisaz telah memesan aneka makanan laut yang ada.

Antara makanan yang dipesan adalah seekor belangkas yang mempunyai rupa yang sangat mengerikan. Ingin bergurau, dia mengambil hidupan laut tersebut dengan niat mengusik salah seorang kawannya.

Melihatnya memegang belangkas tersebut, kawannya jelas kelihatan takut, mungkin geli dengan rupanya. Tak suka dengan gurauan tersebut, dia juga kelihatan sangat marah dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Usik kawan dengan belangkas

“Eh bodoh! Hang ni bodoh la Faris! Main elok-elok, orang nak makan wei!”; jeritnya dalam longhat Kedah.

Jelasnya, dia hanya ingin melawak tapi kawannya tidak suka dengan perkara tersebut. Tidak menghiraukannya, lelaki itu sambung mengusik dan mengejarnya dengan belangkas tersebut. Usik kawan dengan belangkas

Gerun dengan haiwan itu, kawannya sehingga melarikan diri dan terpaksa menyorok di belakang seorang lagi kawannya di situ.

https://www.tiktok.com/@galerifarisazri/video/7134682426248400155?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@galerifarisazriBadan besaq tapi penakut !♬ original sound – galerifarisazri

Jelas video yang dikongsikan sekadar guruan di antara kawan dan orang ramai juga sangat terhibur melihat gelagat kawannya ketika diusik. Namun, ada juga segelintir yang tampil menasihatnya supaya tidak bergurau secara berlebihan.

“Kadang nampak biasa, tapi orang tak suka. Mungkin dia tengah tak ada mood tu, tu yang hangin tu.”, jelas pengguna scatter_3x.

Bergurau Boleh Tapi Jangan Melampau Usik kawan dengan belangkas Usik kawan dengan belangkas

Memang ada segelintir orang akan marah bila diusik, terutamanya ketika makan. Oleh itu, tak salah nak bergurau tapi perlu kena pada tempat dan situasi.

Walaupun begitu, jelas video ini hanya diantara kawan-kawan jadi mungkin mereka sudah biasa bergurau kasar sebegitu.

Kredit: galerifarisaz

Baca Juga: Secret Recipe Keluar Kek Baru Sempena Merdeka; Laksa Indulgence. Namun, Ramai Geli Melihatnya

tags: | |