Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Vending Machine Dipecah Oleh Individu Tak Bertanggungjawab, Tapi Si Pelaku Rugi Sahaja Sebab..

Vending Machine Dipecah Oleh Individu Tak Bertanggungjawab, Tapi Si Pelaku Rugi Sahaja Sebab..

Kategori:
vending machine

Vending machine merupakan alat yang sangat berguna dan disediakan di tempat awam. Pengguna boleh membeli pelbagai jenis minuman yang tersedia di mesin dengan hanya memasuki wang kertas atau syiling yang mencukupi di slot yang telah disediakan. Mesin itu membolehkan pelanggan untuk membeli tanpa mengira waktu.

Namun oleh kerana terdedah dan tidak diawasi sepenuhnya, mesin itu mudah menjadi sasaran untuk individu yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan vandalisme. Tidak ingin membayar untuk minuman, ada juga yang akan bertindak ganas dan akan merosakkan mesin tersebut.

Vending Mahine Dipecah, Minuman Yang Dipaparkan Dicuri

Terbaharu, seorang lelaki terserempak dengan kejadian yang mengejutkan apabila berada di luar. Mendekati sebuah vending machine yang berhampiran dengan sebuah bank, dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena. Apabila dihampiri, lelaki itu berasa terkejut melihat keadaan mesin tersebut. vending machine

Cerminnya telah dipecahkan dan minuman yang dipaparkan telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab, hal itu sangat mengecewakan. Namun menurutnya, perbuatan si pelaku sia-sia sahaja kerana minuman yang dipaparkan pada mesin itu tidak mempunyai isi. Ianya sekadar hiasan dan rujukan pengguna sahaja untuk membeli. vending machine

Bila ingin diminum, sudah tentu pelaku itu akan menyedari bahawa dia melakukan perbuatan tersebut dengan sia-sia sahaja memandangkan apa yang dicuri hanyalah beberapa minuman tin kosong sahaja.

@wailid…tvpecah mesin air♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Melihat di ruangan komen video kejadian itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut mengetawakan perbuatan sia-sia itu yang telah dilakukan oleh si pelaku. Penat memecahkan sebuah vending machine, apa yang dicuri adalah tin kosong semata-mata dan bukannya wang syiling.

“Sanggup Pecahkan Semata-Mata Tin Kosong..” vending machine vending machine

Perbuatan si pelaku merupakan sesuatu yang sangat salah di sisi undang-undang dan sangat merugikan dirinya. Tidak mendapat apa-apa, bahkan sia-sia sahaja kerana apa yang dicuri hanyalah beberapa tin minuman yang tidak mempunyai begitu banyak nilai. Kalau terdesak sekalipun untuk mendapatkan minuman, ini bukan caranya.

Kredit: wailid…tv

Baca Juga: Balang Pecah & Minuman Habis Tumpah, Peniaga Ini Hadapi Kerugian Bila Diuji Pada Hari Pertama Ramadan

tags: | |