Zaman sekarang, media sosial diguna secara meluas. Ia sangat berguna bagi tujuan mencari informasi, berhubung dengan kenalan dan membantu menjana pendapatan.
Namun tidak dinafikan penggunaannya turut mempunyai sisi yang buruk. Ramai juga yang telah menjadi mangsa kecaman di media sosial gara-gara konten yang telah tersebar. Bukan sahaja individu biasa, jenama besar turut terkena perkara yang sama.
Terbaharu, seorang wanita (identitinya dirahsiakan) telah memuat naik sebuah video dan berkongsi penemuan yang sangat menjijikkan di sebuah pasaraya.
Mengujungi ke sana untuk membeli barangan dapur, dia juga mencari satu karton telur ayam. Sedang memilih yang murah dan segar, wanita itu terkejut apabila menemui satu yang dipenuhi ulat.
Berasa jijik dengan perkara tersebut, dia meletakkan kembali karton yang diperiksa dan luah rasa kecewa dengan pihak pasaraya kerana tidak menjaga kualiti barangan yang dijual.
Tambahnya, nasib baik dia mampu menyedari perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Tak boleh bayang apa yang terjadi kalau dia mengambilnya dan memakannya.
Namun reaksi orang ramai berbeza pula di ruangan komen. Beberapa pengguna tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini yang cuba menviralkan hal itu di media sosial sehingga menyebabkan reputasi pihak pasaraya terjejas.
Menurut beberapa pengguna, kejadian itu mungkin juga disebabkan oleh kecuaian pelanggan yang tidak sengaja meretakkan telur ayam dan meletekkannya kembali kerana tidak mahu menaggung akibat.
Ada juga yang menasihatkan wanita itu untuk mengemukan perkara tersebut pada pihak pasaraya dari diviralkan di media sosial. Berbuat begitu itu tidak menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mendatangkan akibat.
Sebagai pelanggan, sudah tentu kita akan berasa kecewa jika barangan yang dibeli adalah tidak berkualiti. Kalau ada ulat lagi la marah!
Tapi ada cara lain untuk meluahkan rasa tidak puas hati anda. Dari dimuat naik di media sosial, seeloknya memberitahu perkara tersebut pada pihak berwajib agar ia tidak berulang lagi dan memberi manfaat pada semua.