Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalau Aku Terus Telan Je..”, Wanita Beli Burger McD Tapi Bengang Bila Dapat ‘Free Gift’, Ini Pula Tindakan Pihak McD

“Kalau Aku Terus Telan Je..”, Wanita Beli Burger McD Tapi Bengang Bila Dapat ‘Free Gift’, Ini Pula Tindakan Pihak McD

Kategori:
BELI BURGER MCD

McDonald’s merupakan antara jenama makanan segera yang sangat dikenali ramai. Mempunyai banyak cawangan di pelbagai negara, populariti restoran itu juga tidak lapuk di negara Malaysia. Oleh itu, restoran itu turut memberi peluang pekerjaan pada ramai orang.

Namun oleh kerana terlalu banyak cawangan dan jumlah pekerja yang begitu tinggi, ia menjadi agak sukar untuk memantau kesalahan-kesalahan kecil. Meskipun pihak McDonald’s telah melakukan sebaik mungkin untuk menjaga kualiti makanan yang dihidangkan, perkara kecil pasti akan terlepas pandang sekaligus menyebabkan pelanggan berasa tidak berpuas hati dan melaporkan hal itu.

Beli Burger McD Tapi Terkejut Bila Dapat Free Gift

Terbaharu, seorang wanita telah memesan burger dari restoran McDonald’s untuk dimakan kemudian. Dipercayai burger yang dipesan adalah Spicy Chicken McDeluxe, wanita itu teruja apabila pesannya telah tiba. BELI BURGER MCD

Bila membuka bungkusan, wanita itu mengalihkan roti bun untuk mengetepikan sayur-sayuran memandangkan dia tidak memakannya. Perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan yang dilakukan setiap kali sebelum makan. Namun apabila mengalihkan sayur yang ada, wanita itu terkejut apabila telah menemui penutup sos mayonis dalam burger yang dipesan. BELI BURGER MCD

Seperti menerima free gift yang tidak berapa berguna, hal itu membuatnya berasa marah dengan kecuaian pekerja sehingga perkara sebegitu boleh terjadi. Nasib baik wanita itu memeriksa burger yang dibeli, cuba bayangkan jika dia tidak melakukannya. Pasti akan tergigit penutup tersebut.

https://www.tiktok.com/@arasoft_/video/7077532256767577370?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@arasoft_ tadi beli mcd dekat melaka mall pastu dapat sekali penutup mayonis 😡😡😡 #fypppppppppppppp ♬ original sound – ælya

Jelas hal itu merupakan perkara malang yang akan menjejaskan imej McDonald’s. Menyedari kesalahan dari pihak mereka, wanita itu memaklumkan bahawa pihak McDonald’s telah menghubunginya bagi memohon maaf dan menggantikan makanan yang dibeli. Tambahan pula, mereka turut ingin belanjanya beberapa minuman dan pencuci mulut dari McCafe.

Tindakan Bertanggungjawab Dari Pihak McDonald’s BELI BURGER MCD

Hal yang berlaku jelas merupakan satu kesalahan dari pihak McDonald’s yang tidak disengajakan. Namun begitu sedar dan menerima kesalahan yang telah dilakukan, tindakan pantas dan bertanggungjawab dari mereka perlulah dipuji. Jelas pihak McDonald’s sangat mementingkan kepuasan dan hubungan dengan pelanggan mereka.

Kredit: TikTok arasoft_

Baca Juga: Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam. Ramai Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..

tags: |