Kebersihan adalah salah satu aspek yang sepatutnya dijaga dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja kebersihan diri sendiri dan persekitaran namun kebersihan makanan juga teramatlah penting. Makanan yang bersih boleh membuatkan badan lebih sihat dan kuat.
Cuba bayangkan, jika makanan yang dimakan kotor, pastinya ia mendatangkan penyakit kepada tubuh badan kita. Oleh kerana itu, cubalah sebaik mungkin untuk menjaga kebersihan makanan yang kita makan. Begitu juga dengan makanan yang dibeli di luar.
Namun apabila membeli makanan dari luar, agak susah sedikit untuk kita melihat setakat mana kebersihan yang diamalkan ketika proses penyediaan. Namun sungguh menyedihkan kerana masih ada segelintir daripada peniaga makanan yang kelihatan seolah-olah tidak mengambil berat akan isu kebersihan makanan yang dijual ini.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama HarN@n menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan penemuan seekor cicak dalam kotak kek yang dibelinya. Kek tersebut dibeli dari salah satu jenama kek yang agak terkenal di Malaysia ini.
Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat diihat dengan jelas seekor cicak berada di dalam kotak di bahagian kek tersebut. Difahamkan kek tersebut dibeli sempena menyambut Hari Diwali memandangkan ucapan yang ditulis atas kek tersebut.
Melihat kepada warna cicak yang sudah kehitaman itu, tidak dapat diketahui dengan jelas sama ada ia dibakar sekali ataupun bagaimana. Melihat kepada keadaan kek tersebut yang didatangkan sekali dengan seekor cicak, ianya cukup menggelikan. Memandangkan cicak ini merupakan salah satu binatang yang kotor.
Malah dalam agama Islam pun, kita disarankan untuk membunuh cicak. Nabi Muhammad SAW juga menyuruh ummatnya agar membunuh cicak. Para Ulama juga bersepakat menyatakan bahawa membunuh cicak adalah sunat.
Manakala berdasarkan sebuah hadis riwayat Muslim, sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan maka ditulis baginya 100 pahala. Jika dengan dua pukulan maka pahalanya kurang daripada itu. Jika tiga pukulan makan pahalanya kurang daripada dua pukulan.
Mengapa kita disarankan untuk membunuh cicak ini? Pertamanya, menurut beberapa sumber, cicak ini merupakan salah satu binatang yang jahat kerana mendedahkan persembunyian Nabi Muhammad SAW semasa di gua Thur. Yang kedua, cicak merupakan haiwan perosak yang boleh menganggu kesehitan dan keselesaan hidup manusia.
Kembali kepada kisah penemuan cicak dalam kek tadi, menjengah ke ruangan komen postingan tersebut, ramai dalam kalangan warga TikTok meluahkan rasa geli. Tidak kurang juga ada yang menyatakan pernah terkena dan pernah menemui lipas kecil.
“Dah terkena juga hari tu”, tulis Ummiey
“Macam kita juga tapi kita lipas kecil-kecil tu”, tulis I | Z
Manakala menurut sweet3y, jenama tersebut banyak simpan stok lama dan berkata dulu pernah beli kek buah yang sudah tak sedap. “xxxxxxx ni banyak simpan kek stook lama. Dulu pernah beli kek buah.. agent pegang last stok dah tak sedap rupanya..huhuhu”.
Apa pun, semoga selepas ini para peniaga makanan lebih berhati-hati ketika menjual makanan mereka. Pastikan kek ataupun apa-apa makanan yang dijual selamat dan bersih. Untuk kejadian ini, mungkin pihak berkenaan tidak perasan akan kehadiran cicak tersebut. Walau apa pun, semoga selepas ini mereka lebih peka demi kebaikan kedua-dua belah pihak.
Sumber: TikTok harnan2508
Baca juga: Baru 7 Bulan Buka, Peniaga Kek Redha Alami Kerugian, Banyak Kek & Chiller Rosak