Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Benar Teman Lelaki Mualaf Makan Mi Sup Babi, Ramai Kecewa Dengan Tindakan Itu

Wanita Benar Teman Lelaki Mualaf Makan Mi Sup Babi, Ramai Kecewa Dengan Tindakan Itu

Kategori:
mi sup babi

Bagi golongan mualaf, meninggalkan kehidupan dan amalan agama yang dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu menyesuaikan pada amalan baharu, mereka memerlukan sokongan kawan-kawan seagama serta keluarga.

Selain diuji dengan pelbagai rutin baharu, ada sesetengah makanan yang pernah dinikmati dahulu sudah dilarang dimakan. Antaranya daging khinzir yang semestinya ramai tahu adalah sejenis daging yang sangat diharamkan di sisi agama Islam.

Namun seorang wanita, RiiLind, yang bercinta dengan seorang lelaki mualaf telah membenarkannya menikmati mi sup yang dipercayai mempunyai daging khinzir. Hal itu membuat orang ramai kecewa dengan tindakannya.

Wanita Benar Teman Lelaki Mualaf Makan Mi Sup Babi, Ramai Kecewa Dengan Tindakan Itu

Wanita itu yang bercinta dengan seorang lelaki mualaf baru telah menemannya untuk makan di sebuah restoran. Walaupun lelaki itu telah menjadi seorang Muslim yang sah, dia membenarkannya untuk makan semangkuk mi sup yang mempunyai daging khinzir.mi sup babimi sup babi

Menurutnya, dia berasa tidak berhak untuk menegur perbuatan itu kerana diri dia juga bukanlah seorang yang sempurna. Tambahan pula, dia akan perlahan-lahan membimbing lelaki itu sambil sama-sama belajar mengenai agama.

https://www.tiktok.com/@ass8290/video/7094467364141534491?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@ass8290 pov:diri sendiri tak terurus. ada hati nak urus org😊 #awas ♬ Oh No – Kreepa

Walaupun begitu, orang ramai memandang tindakannya dari sudut negatif. Menurut pengguna, Iyx, antonidim dan black roses330, hal inilah akan terjadi apabila seseorang itu menukar agama hanya kerana cinta. Ingin bersama pasangan, apa sahaja sanggup dilakukan tapi bila tidak ikhlas melengkapkan diri dengan ilmu agama, inilah yang terjadi.

Ramai Dakwa Lelaki Itu Belum Bersedia mi sup babi

Untuk mengubah amalan dan pemakanan dahulu bukanlah hal yang mudah. Hal itu memerlukan dispilan serta sokongan dari orang sekeliling. Seharusnya sebagai kenalan terdekat, kita membimbing, bukannya mengalakkan perbuatan itu.

Semoga hal ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jika kita ingin membantunya, apa salahnya menegur? Semua orang layak berbuat begitu walaupun tidak sempurna.

Kredit: RiiLind

Baca Juga: Tuan Rumah Rasa Kecewa, Kongsi Pengalaman Sedih Di Majlis Open House Bila ‘Terkena’ Dengan Kawan-Kawan

tags: | |