Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Berjubah Kantoi Curi Minyak Masak Di Pasaraya, Sorok Di Bawah Tudung Untuk Elak Dikesan

Wanita Berjubah Kantoi Curi Minyak Masak Di Pasaraya, Sorok Di Bawah Tudung Untuk Elak Dikesan

Kategori:
Wanita berjubah

Umat Islam digesa untuk menjaga aurat dan pemakaian. Bagi golongan wanita, mereka ditekankan untuk berpakaian longgar dan tidak menjolok mata. Hal ini supaya dapat mengelakkan diri dari fitnah, maksiat dan sebagainya.

Namun, harus lah kita ingati bahawa tiada insan yang sempurna di dunia ini. Meskipun pemakaian seseorang itu sudah patuh pada syariah, mereka juga tidak terlepas dari kesilapan dan turut melakukan kesalahan.

Wanita Berjubah Kantoi Curi Minyak Masak Di Pasaraya, Sorok Di Bawah Tudung Untuk Elak Dikesan

Viral di media sosial, satu akaun di Twitter ndagels berkongsi satu rakaman CCTV yang memaparkan tindakan seorang wanita yang sangat mengecewakan orang ramai.

Menerusi rakaman tersebut, wanita berjubah dan berpudah itu sedang melihat rak minyak masak sebelum mengambil beberapa botol minyak masak untuk disorok di sebalik tudungnya yang labuh. Wanita berjubah Wanita berjubah

Tindakannya tidak dilakukan bersendirian malah dibantu oleh seorang lelaki yang dipercayai sebagai suami yang sedang memerhatikan keadaan sekeliling mereka bagi memastikan mereka tidak tertangkap oleh mana-mana pihak.

Tak cukup dengan mengambil minyak masak, wanita itu turut mengambil beberapa barangan lain dan menggunakan tudung wanita itu yang labuh untuk menyorok barangan yang telah diambil.Wanita berjubah

Selesai mencuri barangan yang diperlukan, pasangan tersebut kelihatan sedang berbual sesama satu sama lain sebelum berlalu pergi dari pasaraya itu.

Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah pasaraya di negara Indonesia.

https://twitter.com/ndagels/status/1567720442697494535?s=20&t=SwF7VRR5-kf4bfeTidBpAg

Menjengah di ruangan komen balas posting tersebut, orang ramai jelas kecewa melihat tindakan pasangan tersebut.

Ada juga yang teramat kesal kerana penampilan wanita itu tidak melambangkan sikap yang seharusnya ditonjolkan. Bila berpakaian serba tutup, mesti lah hati dan tindakan juga perlu dijaga.

Berpakaian Serba Tutup Tapi Masih Mencuri, Ramai Luah Rasa Kecewa Wanita berjubah

Jelas pemakaian seseorang itu tidak melambangkan sikap dan niat mereka. Perkara ini harus menjadi pengajaran buat kita semua untuk tidak terlalu cepat untuk menilai seseorang.

Pemakaian yang kurang sempurna tidak semestinya bermaksud teruk, yang menutup kesemua pula sempurna. Semuanya atas individu. Tapi jangan lah pula kita menggunakan pakaian sebagai kesempatan untuk melakukan kejahatan.

Kredit: ndagels

Baca Juga: Dikecam Kerana Biadab Campak Makanan Ketika Beri Bantuan, Zoey Rahman Jelas Isu Sebenar

tags: | |