Walaupun ada sesetengah pihak yang cuba menafikan kewujudannya, kewujudan Orang Bunian sudah menjadi sebahagian tradisi dan mitos orang Melayu. Merupakan makhluk halus yang tinggal di dalam hutan dan kawasan bukit, sudah terdapat banyak kisah pengalaman dengan makhluk itu telah dikongsikan oleh ramai pihak.
Bila berada diluar, orang dahulu selalu nasihatkan supaya berhati-hati, terutamanya di tempat-tempat yang kurang dikenali. Menurut kisah-kisah, rupa Orang Bunian ini memang serupa dengan manusia biasa jadi tidak hairan mengapa ramai yang selalu ‘terkena’ dan tertipu dengannya. Jika melihat perilaku orang sekeliling itu aneh, barangkali ada sesuatu misteri di sebaliknya.
Terbaru, seorang wanita berkongsi satu pengalaman pelik apabila telah keluar makan bersama seluruh keluarga di waktu malam. Mengunjungi sebuah kedai makan berdekatan, mereka memilih untuk makan di sana.
Namun setelah duduk di salah satu meja yang disediakan untuk menunggu makanan siap dimasak, wanita tersebut berasa hairan apabila mendapati suasana kedai makan itu sunyi sepi. Tiada suara atau bunyi kedengaran, malah pelanggan yang ada turut tidak berbual dan bercakap di antara satu sama lain. Hal itu membuatnya berasa seram kerana hanya gelak ketawa dari keluarganya yang kedengaran di kedai itu.
Suasana sunyi dan seram itu membuatkan dirinya berasa bahawa dia dengan tidak sengajanya telah ‘termasuk’ ke kedai makan bunian.
https://www.tiktok.com/@cindytakrella/video/7076455021801475355?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@cindytakrella #fypmalaysia🇲🇾 #fypシ ♬ Quiet Pillow Talk – Relax α Wave
Menjengah di ruangan komen, kewujudan makhluk itu tidak dinafikan oleh orang ramai. Risau pada wanita itu, ada juga menasihatkannya supaya lebih berhati-hati bila berada di luar dan memeriksa dengan baik sebelum ke sana. Jika sunyi lain macam, adalah lebih baik mengelakkan tempat itu atau membaca surah-surah yang patut diamalkan dalam agama Islam.
Kisah Orang Bunian ini sering menjadi cerita dan pengajaran buat masyarakat Melayu. Walaupun hal itu tidak boleh diterima akal, ia sudah menjadi sebahagian adat dan kepercayaan masyarakat. Bila diluar, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati bagi mengelakkan pertemuan dengan makhluk halus itu.
Kredit: TikTok cindytakrella
Baca Juga: Pelanggan Pelik Bila Beli McD Tapi Tak Dapat Straw, Staff Ini Jelaskan Sebabnya