Setiap ibu inginkan anaknya berkerja senang. Bukan kerana apa, tapi bagi memastikan masa depan mereka supaya tidak mempunyai kehidupan yang sukar di lain hari. Tambah sekarang, anak muda sekarang juga terlampau memilih perkerjaan.
Tak ramai diantara mereka ingin bermula dengan kerja yang sukar, lebih-lebih lagi perkerjaan sebagai seorang tukang sampah. Namun, percayalah permulaan dari bawah itu akan mengajar kita untuk lebih menghargai segala nikmat yang diberi Tuhan.
Menurut seorang ibu, Ramlah Rahmad yang memuat turun gambar ketam segar, rezeki yang dikongsikan oleh anaknya, dia berasa bersyukur dapat merasainya walaupun tidak mengetahui cara menyediakannya.
Meskipun gaji pertama anaknya sebagai seorang tukang sapu sampah agak terhad tapi dia tidak berat untuk berkongsi rezeki dengan keluarga. Terharu dan bangga, ibu itu turut mendoakannya.
Gaji pertama anak bujang @ Alam Flora. 3 kg ketam nipah dibelinya utk keluarga dpt mkn puas2. Berselera mkn ketam fresh w/pun umie nya x berapa nak pandai masak.
Moga berkat rezekimu anak. Walau pun cuma kerja sapu sampah..umie bangga..x ramai anak2 bujang skrg yg sanggup buat kerja tu.
Di ruangan komen, warganet berasa tersentuh dengan tindakan anak wanita itu. Tambah mereka, perkerjaan tersebut merupakan sesuatu yang mulia dan mereka turut mendoakan agar keluarga itu diberkati dan sentiasa murah rezeki.
Seharusnya kita sebagai masyarakat tidak memandang taraf seseorang itu hanya dari perkerjaan seseorang. Boleh jadi orang yang berkerja lagi susah dari kita mempunyai kehidupan yang penuh keberkatan dan lebih mulia kerana menyenangkan orang tuanya.
Dari perkongsian ini, semoga ia memberi kesedaran untuk kita berbakti pada ibu bapa dan menggembirakan mereka.
Kredit: Ramlah Rahmad via MATJHN OFFICIAL