Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Patah Hati Remy Ishak Dah Kahwin, Wanita Ini ‘Kecewa’, Buat Kek ‘Selamat Tinggal’ Buatnya.

Patah Hati Remy Ishak Dah Kahwin, Wanita Ini ‘Kecewa’, Buat Kek ‘Selamat Tinggal’ Buatnya.

Kategori:
remy ishak

Remy Ishak, atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak, 39 tahun, merupakan pelakon terkenal di Malaysia yang mula mendapat populariti apabila melakonkan watak Adam dalam drama Nur Kasih pada tahun 2009. Bukan saja kerana lakonannya yang hebat, tapi wajah kacaknya menjadi pujaan ramai gadis di Malaysia.

(Remy Ishak dan pasangan, Ezzah Yusof)

Namun, pada Sabtu lalu, Remy Ishak telah selamat diijakabulkan dengan pilihan hati iaitu Ezza Yusoff di Masjid Negara pada jam 1 petang. Rata-rata peminat Remy mengucapkan tahniah, namun ada yang turut ‘patah hati’ dengan berita pernikahannya.

Bukan Kek Kawin Tapi Kek ‘Selamat Tinggal’ Remy Ishak!

Di TikTok pula, seorang pengguna memuat naik satu video untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada Remy Ishak. Video pendek tersebut telah mendapat 1.3 juta views di TikTok, di mana bakewithhannan memotong sebiji kek ‘selamat tinggal’, menandakan kekecewaannya dengan berita pelakon pujaan ramai itu telah bernikah.

@bakewithhannan

Selamat tinggal pujaan hati dinda 💔 #remyishak #reckless #fypシ

♬ reckless – madison

@bakewithhannanSelamat tinggal pujaan hati dinda 💔 #remyishak #reckless #fypシ♬ reckless – Madison Beer

Video tersebut telah mencuit hati peminat Remy yang lain. Malah, mereka turut meluahkan rasa ‘kecewa’ dengan berita tersebut di ruangan komen.

Namun ianya jelas bahawa video tersebut tiada niat untuk memburuk, cuma sekadar guruan dan hiburan semata-semata.

Malah, video kek tersebut telah berjaya mencuri tumpuan Remy Ishak dan pelakon tersebut turut kongsikan kek itu di story Instagram akaunnya.

Kredit: bakewithhannan

Baca Juga: Terhibur! Minta Anak Darjah 4 Masak Nasi 4 Pot, Namun Dimasaknya 8 Pot. Masak Untuk Esok Terus Katanya!

tags: |