Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป “Patut La Student Tak Makan Sini..” – Rasa Kena Scam, Wanita Ini Kecewa Makanan Tak Sama Dengan Gambar

“Patut La Student Tak Makan Sini..” – Rasa Kena Scam, Wanita Ini Kecewa Makanan Tak Sama Dengan Gambar

Kategori:
Makanan Tak Sama Dengan Gambar

Dengan persaingan yang sangat sengit, setiap pengusaha restoran perlu tahu cara mempromosikan perniagaan masing-masing.

Selain menggunakan media sosial, pengusaha juga menayangkan gambar menu yang ditawarkan bagi menarik minat pelanggan. Maklumlah segelintir orang ini perlu melihat sesuatu dahulu sebelum membeli.

Namun, peniaga perlulah berhati-hati dan memastikan gambar yang dipaparkan adalah sama dengan pesanan mereka. Kalau tidak, tentu mereka akan kecewa.

“Patut La Student Tak Makan Sini..” – Rasa Kena Scam, Wanita Ini Kecewa Makanan Tak Sama Dengan Gambar

Terbaharu, seorang wanita neeeesa_ telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa kecewa dengan sebuah restoran yang telah dikunjunginya.

Tiba sahaja di sana, dia mengambil duduk di salah satu meja makan yang disediakan. Melihat gambar nasi goreng chicken chop yang ditayangkan di dinding restoran tersebut, dia berasa tertarik untuk cuba. Makanan Tak Sama Dengan Gambar

Kelihatan sangat menyelerakan dari gambar dengan nasi goreng yang banyak, kuah lada hitam, coleslaw dan isi ayam panggang yang tebal, harapannya sangat tinggi. Makanan Tak Sama Dengan Gambar

Walaupun begitu, harapannya terus terputus apabila hidangan itu tiba. Menurutnya, ia tidak sama langsung seperti yang dipaparkan dengan gambar. Ini kerana yang tiba hanya nasi goreng, coleslaw, sos cili dan ayam goreng. Hal itu membuatnya kecewa, rasa seperti kena scam. Makanan Tak Sama Dengan Gambar

Tambahnya juga, mungkin hal ini menjadi salah satu sebab mengapa restoran itu tidak dikunjungi oleh para pelajar di kolej berhampiran.

@neeeesa_ hmmm sedih tapi lapar, rasa macam kena scam. patutlaa student tak makan sini #fyp #tiktokfood #fyppppppppppppppppppppppp โ™ฌ suara asli – ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Œ๐š๐ณ๐ฌ๐ž๐ก๐ก ๐„๐ฏ๐š๐ง๐Ÿฆ

Di ruangan komen pula, segelintir orang ramai cuba memujuknya untuk menghabiskan dan menghargai makanan yang ada di hadapan mata. Menurut pengguna langit, dia yang melihat makanan wanita itu berasa teringin untuk cuba kerana nampak sedap. Sayang pada rezeki!

Manakala pengguna dvya_04 bergurau bahawa gambar yang ditayangkan hanya bagi tujuan gambaran sahaja dan tidak perlu diambil serius.

Walaupun Tak Sama Tapi Hargai Rezeki Yang Adaย  Makanan Tak Sama Dengan Gambar

Penggunaan gambar sangat bantu menarik minat pelanggan tapi peniaga juga perlulah berhati-hati dan memastikan gambar yang ditayang adalah sama dengan makanan yang diperolehi pelanggan.

Tapi sebagai pelanggan, jangan juga kita letakkan harapan yang terlalu tinggi. Mungkin ketika itu pihak restoran kekurangan bekalan dan terpaksa menggantikan segelintir elemen pada hidangan tersebut dengan yang lain.

Kredit: neeeesa_

Baca Juga: โ€œIngat Kami Bela Saka?โ€ โ€“ Pergi Makan Nasi Kerabu Ayam Bakar, Lelaki Ini โ€˜Tak Puas Hatiโ€™ Gara-Gara..

tags: | | |