Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Asal Boleh Saja!” – Wanita Ini Kesal Minta Suami Simpan Lauk Yang Tak Habis, Akhirnya Jadi Begini

“Asal Boleh Saja!” – Wanita Ini Kesal Minta Suami Simpan Lauk Yang Tak Habis, Akhirnya Jadi Begini

Kategori:
Suami Simpan Lauk

Beza dari kaum wanita, kebanyakkan lelaki lebih suka perkara yang mudah dan tidak memeningkan kepala. Oleh itu, jika ke dapur, mereka hanya mempunyai beberapa jenis periuk dan peralatan yang digunakan.

Tapi bagi si wanita, setiap bekas dan perlatan yang ada di dapur akan digunakan untuk tujuan tertentu. Kalau si lelaki diminta untuk ke dapur mereka, tentu mereka akan cepat berasa keliru!

“Asal Boleh Saja!” – Wanita Ini Kesal Minta Suami Simpan Lauk Yang Tak Habis, Akhirnya Jadi Begini

Terbaharu, seorang wanita anggunsasabila07 telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi rasa kecewa dengan tindakan suaminya.

Kisahnya begini, selepas selesai makan, wanita itu meminta suaminya menyimpan lauk yang tidak kehabisan di dapur. Ingin meringankan beban isteri, si suami pun sedia membantu. Suami Simpan Lauk

Namun beberapa jam berlalu, wanita itu menjengah ke dapur dan terkejut bila melihat apa yang telah dilakukan suaminya. Suami Simpan Lauk Suami Simpan Lauk

Ingin mudah, dia telah menggunakan penutup bekas untuk menyimpan lauk yang tidak kehabisan, lalu ditutup dengan pinggan makan. Melihat perkara tersebut, wanita itu mengeluh; “Orang laki ni asal boleh saja. Suka menjandakan pinggan mangkuk!”.

@anggunsalsabila07 πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ Lawak2 aje kan…. #fyp #fypdongggggggg #myfoodie #berandatiktok ♬ bunyi asal – Nyap tahuk

Menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur bila melihat tindakan suami wanita itu. Mungkin kerana lauk sudah sedikit, sebab itu dia main guna sahaja penutup bekas. Barangkali membazir kalau pakai bekas besar tapi lauk sikit sahaja.

Gelagat Suami Wanita Itu Buat Ramai Terhibur Suami Simpan Lauk

Alahai, agaknya ini yang akan terjadi apabila kita minta tolong sikit dari suami. Asal benda boleh pakai, terus mereka gunakan!

Kredit: anggunsasabila07

Baca Juga: Dah Besar Pun Masih Minta Ayah Suap, Gelagat Lelaki Ini Buat Kakaknya Pening Kepala

 

tags: | | |