Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dreamy Pastel Bread Yang Bukan Saja Cantik Dilihat, Tapi Gebu & Sedap Bila Dimakan

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dreamy Pastel Bread Yang Bukan Saja Cantik Dilihat, Tapi Gebu & Sedap Bila Dimakan

Kategori: ,
DREAMY PASTEL BREAD

Kini, ramai bakeri yang sangat kreatif dan menghasilkan pelbagai jenis roti yang bukan sahaja cantik untuk dilihat tapi sedap juga untuk dimakan. Terkenal di kalangan anak-anak muda dan media sosial, makanan berwarna warni kini mula trending.

Bukan sahaja ais krim dan agar-agar yang diubah dan ditambahkan sedikit warna untuk mencantikkan, kini roti juga ditambah sedikit pewarna untuk cantikkannya. Jika anda ingin cuba, di sini kita kongsikan resepi dreamy pastel bread yang bukan sahaja cantik tapi sangat gebu. Ia juga menggunakan pewarna semula jadi jadi lebih bagus untuk anda. Tambahan pula, pastikan anda mempunyai bread maker untuk memudahkan proses penyediaannya.

Resepi Dreamy Pastel Bread

Bahan A

  • 130gram susu full cream sejuk
  • 20gram ais
  • 1/2 sudu kecil garam pink

Bahan B

  • 250gram tepung roti
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 20gram marjerin
  • Serbuk purple sweet potato – dapatkan di sini

Cara Penyediaan

  1. Masukkan bahan A ke dalam bread maker (guna yang ini).
  2. Kemudian, masukkan bahan B kecuali marjerin dan serbuk purple sweet potato.
  3. Gunakan fungsi KNEAD selama 25 minit, selepas 5 minit menguli, masukkan marjerin. Biarkan Bread Maker tolong menguli, sambil itu kita buat benda lain.
  4. Uli sehingga adunan elastik.
  5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian.
  6. Letakkan serbuk purple sweet potato untuk gradiasi warna. Uli dengan tangan sehingga sebati (1 sudu kecil ungu lembut dan 2 sudu kecil untuk ungu gelap). DREAMY PASTEL BREAD DREAMY PASTEL BREAD
  7. Proofing selama 10 minit. DREAMY PASTEL BREAD DREAMY PASTEL BREAD
  8. Bentukkan adunan, gelek dan gulung dengan padat supaya tiada gelembung angin.
  9. Susun di dalam acuan loaf yang telah disapu dengan marjerin. DREAMY PASTEL BREAD
  10. Proofing 1 jam atau sehingga doh hampir cecah penutup loaf tin.
  11. Bakar selama dengan suhu 160c selama 30 minit. Keluarkan dari oven, tunggu sejuk sikit dan siap untuk dimakan. DREAMY PASTEL BREAD DREAMY PASTEL BREAD

Mudah sahaja untuk menyediakan dreamy pastel bread ini. Paling penting kena ada bread maker untuk memudahkan kerja menguli. Nampak cantik, rasa sayang pula nak makannya. Kalau dimakan dengan ais krim keladi pun enak.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Faridah Ainuddin di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca Juga: Resepi Dadih Homemade Pelbagai Perisa, Tak Perlu Guna Serbuk Segera Pun

tags: |