Rainbow ais krim dari jenama Paddle Pop sangat digemari oleh kanak-kanak. Malah, semenjak ia diperkenalkan, ia masih lagi mendapat populariti. Kelihatan cantik dan mudah didapati, ais krim itu nampaknya tetap menjadi pilihan.
Bagi anda yang ingin cuba untuk menyediakannya sendiri, bolehlah cuba resepi rainbow ais krim ala Wall’s Paddle Pop yang telah dikongsikan oleh Izu Rosli di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Sangat mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya.
Resepi Rainbow Ais Krim Ala Wall’s Paddle Pop
Bahan-Bahan
- 1 kotak besar susu full cream (boleh guna jenama ini)
- 2 sudu makan Ovelette
- 4 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
- 6 sudu makan gula (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
- Pewarna makanan kesukaan (Resepi ini menggunakan warna hijau, merah, biru)
Cara Penyediaan
- Pukul susu full cream dengan sehingga gula hancur.
- Kemudian masukkan Ovelette dan mix sehingga betul-betul kembang seperti doh kek.
- Selepas itu, asingkan dalam beberapa bekas, letakkan pewarna makanan pilihan anda.
- Kemudian boleh layerkan dalam bekas seperti buat kek pelangi.
- Sejukkan dalam peti ais, keluarkan bila ais krim sudah menggeras dan sedia untuk dinikmati.
Jika anda mempunyai waktu yang terluang di rumah, bolehlah cuba resepi Rainbow Ais Krim Ala Wall’s Paddle Pop ini. Ajaklah anak-anak sekali untuk sama-sama menyediakannya di dapur. Pasti seronok!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Izu Rosli via MAHN
Baca Juga: Ini Cara Mudah Untuk Buat Dodol Durian Di Rumah, Guna Breadmaker Saja Tentu Menjadi