Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Femes Di Harold’s, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Portugese Toast Sendiri Di Rumah. Sangat Mudah!

Femes Di Harold’s, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Portugese Toast Sendiri Di Rumah. Sangat Mudah!

Kategori: ,
Portugese Toast

Restoran Harold’s Bread sangat terkenal di seluruh Malaysia dengan aneka kek dan pastri yang dijual. Antaranya merupakan Portugese Toast yang sering menjadi rebutan ramai. Kadang-kadang belum lagi petang ia dah habis, disapu pelanggan.

Kalau anda selalu tak sempat untuk mendapatkannya atau belum lagi cuba, bolehlah menyediakan resepi Portugese Toast mudah ini yang telah dikongsikan oleh Ju Zue di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca untuk ketahui caranya!

Femes Di Harold, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Portugese Toast Sendiri Di Rumah. Sangat Mudah!

Bahan-bahan

  • 2 keping roti Gardenia putih atau roti benggali (boleh potong ikut tebal yang anda mahukan)
  • 2 keping keju – guna jenama ini
  • Susu segar (sukatan agak-agak sahaja)
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan mentega

Nota: Bahan-bahan boleh sukat ikut citarasa anda. Kalau nak tambah atau kurangkan terpulang pada anda.

Cara-caranya

  1. Masukkan mentega, susu segar, keju dan gula. Kacau-kacau.
  2. Sediakan kuali non stick dan masak campuran tadi menggunakan api yang kecil sehingga cair dan pekat (Jangan terlalu pekat).
  3. Tutup api dapur dan alihkan kuali.
  4. Sapu adunan yang dimasak tadi atas roti.
  5. Masukkan roti dalam oven dan bakar sampai atas dia menjadi sedikit keperangan. Anggaran dalam 7 hingga 10 minit sahaja, api atas bawah pada suhu 160 darjah celcius. Laraskan suhu dan masa mengikut oven masing-masing.
  6. Bila sudah siap, keluarkan dari oven dan hidangkan. Portugese Toast Portugese Toast

Dah siap bakar nanti, mesti dapur anda akan wangi dengan bau Portugese Toast yang baru sahaja siap dibakar. Serius sedap, hidangan ini sesuai dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang. Rasanya juga sedikit manis, berkrim dan masin dari keju, susu dan gula perang itu.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Ju Zue di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Blueberry Cheese Bun, Tekstur Lembut Di Luar Dan Cair Di Dalam

tags: | | | |