Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sup Pekat Style Mamak, Campur Bahagian Daging Ikut Suka Pun Sedap!

Rasida by Rasida
Julai 12, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
SUP PEKAT STYLE MAMAK
0
SHARES
58
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Raya Aidiladha baru sahaja berlalu tapi daging Qurban yang ada dalam peti pun masih banyak. Mesti anda keliru dan tak tau nak masak apa dengannya, kan?

BacaJuga

Sup Lidah Lembu Ala Thai

Resepi Sup Lidah Lembu Ala Thai, Rasanya Perggggggh Sedap Sangat! Sekali Cuba Sampai Bila Teringat

Julai 12, 2022
71
Dumpling Soup

Cara Buat Dumpling Soup Homemade, Modal Tak Sampai RM10 Pun Untuk 40 Pcs!

Jun 4, 2022
223

Kalau begitu, apa kata anda cuba resepi sup pekat style mamak ini yang telah dikongsikan oleh Aleen Aireish? Bagi penggemar sup dan masakan dari kedai mamak, wajib dicuba. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya!

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sup Pekat Style Mamak, Campur Bahagian Daging Ikut Suka Pun Sedap!

Bahan-bahan

Suka hati nak guna tulang, daging, gearbox atau mana-mana bahagian lembu. Resepi ini menggunakan:

  • 1 mangkuk perut
  • 1 mangkuk lidah lembu
  • 1 mangkuk tali perut lembu
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 2 kiub ikan bilis
  • 2 biji limau kasturi (diperah dan ambil jusnya)
  • 1 liter air atau secukupnya mengikut citarasa
  • Garam
  • Gula

Bahan pes bawang dan halia

  • 2 labu bawang besar
  • 3 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Bahan pes rempah

  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 paket kecil serbuk perencah sup
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan pelengkap

  • 1 batang celery (potong serong)
  • 1 biji kentang (dipotong)
  • 2 hingga 3 biji cili api (diketuk)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang SUP PEKAT STYLE MAMAK

Cara penyediaan

  1. Bersihkan bahagian lembu yang akan digunakan terlebih dahulu dengan sebaiknya. Toskan sehingga kering dan ketepikan.
  2. Kisar bahan pes bawang dan halia menggunakan pengisar secara halus. Ketepikan.
  3. Kemudian, campurkan rempah kurma dan serbuk perencah sup, bancuhkan dahulu dengan sedikit air dan ketepikannya.
  4. Panaskan minyak dan tumis pes bawang sebentar. Selepas itu, masukkan pes rempah bersama dengan bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga dan bunga cengkih. Masak sehingga naik bau.
  5. Masukka air, jika guna kentang, masukkan juga kentang.
  6. Masukkan semua bahagian lembu serta kuib ikan bilis dan biarkan sup mendidih. Sekali sekala kacau.
  7. Akhir sekali, masukkan celery yang dihiris dan cili ketuk.
  8. Apabila sudah masak dan cukup rasa, tutup api, taburkan bawang goreng, daun sup, daun bawang, sedia dihidang panas-panas! SUP PEKAT STYLE MAMAKSUP PEKAT STYLE MAMAK

Sedapnya! Selain dinikmati dengan sepinggan nasi putih, anda juga boleh mencicah roti dengannya. Makan panas-panas di musim hujan memang tak terkata nikmatnya.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Aleen Aireish

Baca Juga: “Memang Guna Daging Fresh”, Resepi Kerabu Daging Mentah, Menu Wajib Bila Musim Raya Haji!

0/5 (0 Reviews)
Download Best WordPress Themes Free Download
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download mobile firmware
Tags: resepi supsup dagingsup pekatsup pekat style mamak
ShareTweetSend

Related Posts

tips dan cara masak nasi minyak
Info

Tips & Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Basmathi Supaya Sedap & Menjadi, Sangat Mudah!

Ogos 17, 2022
6
asam laksa original versi Cina
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Asam Laksa Original Versi Cina, Kuah Pekat Dan Isi Ikan Berketul, Memang Padu!

Ogos 17, 2022
7
Sambal Kacang
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Kacang Confirm Rangup, Resepi Turun Temurun Dari Keluarga

Ogos 17, 2022
7
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist