Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tomato Rasam, Sup Beraroma & Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tomato Rasam, Sup Beraroma & Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Kategori: ,
Tomato Rasam

Bagi penggemar masakan India, Rasam ini tidak asing bagi mereka. Ia merupakan sejenis sup yang berasal dari India dan mempunyai fungsi untuk menghangatkan badan.

Malah segelintir orang mengamalkannya kerana rasam juga sangat bagus untuk kesihatan. Jika anda mengalami tidak sedap tekak, selsema atau demam, ia boleh diambil bagi melegakannya.

Jika anda ingin tahu cara untuk menyediakan, di sini kami ingin berkongsi resepi tomato rasam yang telah dikongsikan oleh Anjali Ragu di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tomato Rasam, Sup Beraroma & Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Bahan-bahan

  • Air asam jawa (nak rasa lebih masam boleh lebihkan) Tomato Rasam
  • Lada hitam Tomato Rasam
  • Jintan manis Tomato Rasam
  • Bawang putih dengan kulit Tomato Rasam
  • Sedikit daun kari Tomato Rasam
  • Cili kering (kalau suka pedas boleh lebihkan) Tomato Rasam
  • 3 biji tomato Tomato Rasam
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • Daun ketumbar Tomato Rasam

Bahan tumis

  • Biji sawi
  • Cili kering
  • Daun kari

Cara penyediaan

  1. Tumbukkan lada hitam, jintan manis, bawang putih, daun kari dan cili kering sehingga teksturnya sama dengan gambar. Tomato Rasam
  2. Hancurkan tomato dan tambahkan dalam air asam jawa. Tomato Rasam Tomato Rasam
  3. Tumis bahan tumis sehingga wangi.  Tomato Rasam
  4. Tambahkan bahan yang ditumbuk tadi dan gaulkan, Tomato Rasam
  5. Ambil air tomato dan asam jawa tadi dan ambil kulit tomato, masukkan dalam kuali. Tomato Rasam
  6. Goreng bersama bahan yang sedang ditumis. Tomato Rasam
  7. Letakkan serbuk kunyit dan gaulkan sehingga rata. Tomato Rasam
  8. Campurkan air asam jawa tadi. Tomato Rasam
  9. Masukkan daun ketumbar dan biarkan ia masak dalam 2 hingga 3 minit. Tomato Rasam
  10. Siap untuk dinikmati. Tomato Rasam

Dah siap tomato rasam ini. Sup ini mempunyai rasa yang sedikit masam dari air asam jawa dan tomato yang digunakan tapi ia sangat baik untuk kesihatan anda.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Anjali Ragu

Baca Juga: Resepi Donat Keladi Susu Yang Mudah Untuk Dicuba, Sesiapa Boleh Buat

tags: | | |