Puding kastad memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Enak dimakan ketika cuaca yang panas, macam-macam jenis yang ada untuk dicuba. Malah, setiap orang ada cara mereka tersendiri untuk menyediakan puding itu.
Di sini, Aisyah Zulaikha ingin berkongsi caranya menyediakan puding kastad cream cheese yang sangat istimewa, rupa dan rasanya sangat sama seperti pencuci mulut kayangan tapi mudah sahaja untuk disediakan.
Wanita Ini Kongsi Cara Dia Buat Puding Kastad Cream Cheese, Mudah Tapi Rasa Macam Pencuci Mulut Kayangan!
Bahan-bahan
- 250 gram cream cheese (lembutkan) – guna jenama ini
- 2 cawan tepung kastad, dicampur dengan 1 cawan air
- 4 sudu makan tepung jagung
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 6 hingga 7 cawan air
- 100 gram gula
- 1/2 sudu kecil garam
- Buah-buahan kesukaan anda
Cara-caranya
- Masukkan 1 tin susu cair bersama 3 cawan air. Kemudian, cream cheese yang telah dilembutkan tadi.
- Pasang api dapur dan tunggu sehingga cream cheese betul-betul cair.
- Kemudian, tambahkan 4 cawan air lagi, susu pekat, gula dan garam. Besarkan api dapur dan kacau sampai mendidih.
- Lepas mendidih, perlahankan api. Tambahkan tepung kastad dan tepung jagung yang dah dicampur dengan air tadi. Ketika ini, perlu dikacau selalu untuk elakkan dari berketul.
- Bila sudah likat, boleh tambahkan tepung kastad lagi tapi jangan sampai adunan tu jadi terlalu pekat, sedang-sedang sahaja.
- Sudah berpuas hati dah boleh masukkan dalam acuan, sejukkan. Bila dah sejuk, tabur la buah apa yang anda suka.
- Siap untuk dinikmati!
Wah! Puding kastad cream cheese ini nampak sungguh cantik, rasa sayang pula untuk dihabiskan. Bagi penggemar puding, ia wajib untuk dicuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk menyediakan hidangan ini.
Kredit: Aisyah Zulaikha
Baca Juga: Resepi Roti Bakar Perisa Mentega & Susu Ala Waffle, Rasa Sedap Cair Dalam Mulut