Ayam goreng menjadi lauk kesukaan ramai, terutamanya di kalangan anak-anak. Kalau rasa sibuk dan tak sempat untuk berada di dapur, lauk ini sering menjadi pilihan.
Tapi apa yang tak best mengenai ayam goreng ini ialah isinya akan cepat keras selepas ia sejuk jadi boleh jadi tak sedap untuk dimakan dan kita juga perlu memanaskannya balik.
Jangan risau, di sini kami ingin berkongsi cara untuk ayam goreng kekal juicy oleh julyana. Mudah sahaja dengan menambah satu bahan ini, terus menjadi!
Lepas Goreng Ayam Jadi Keras? Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Ayam Goreng Kekal Juicy, Guna Satu Bahan Ini Sahaja!
Bahan-bahan
- Ayam seekor
- Serbuk kunyit
- Garam
- 2 sudu makan cuka (bahan rahsia untuk buat ayam kekal berjus)
Cara-caranya
- Bersihkan ayam dan lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam seperti biasa.
- Kemudian, tambahkan cuka dan gaul sehingga rata pada ayam tersebut.
- Perap ayam selama 15 hingga 30 minit sebelum digoreng.
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ayam seperti biasa.
- Siap dan lihat ayam kekal berjus walaupun sudah sejuk.
Nota: Letakkan cuka mengikut ayam masing-masing. Kalau hanya menggunakan beberapa ketul, kurangkan cuka.
Tonton video di sini untuk penjelasan lebih lanjut.
@julyanapakarpesdansambal Siapa selalu goreng ayam jadi keras bila dah sejuk? Tips ini untuk korang. Jangan save video ini sebelum hilang. #tipsmasakan #tipsmasakanviral #tipsmasakan101 #tipsdidapur #tipsdapur #tipsgorengayam #tipsayamgorenglembut #tipsayamgorengjuicy #tipsmasakayam #masakayamsimple #ayamgoreng #CapCut
♬ original sound – Julyana | Masak & Makan – Julyana | Pakar Pes Dan Sambal
@julyanapakarpes Siapa selalu goreng ayam jadi keras bila dah sejuk? Tips ini untuk korang. Jangan save video ini sebelum hilang. #tipsmasakan #tipsmasakanviral #tipsmasakan101 #tipsdidapur #tipsdapur #tipsgorengayam #tipsayamgorenglembut #tipsayamgorengjuicy #tipsmasakayam #masakayamsimple #ayamgoreng #CapCut ♬ original sound – Julyana | Masak & Makan – Julyana | Pakar Pes Masakan
Jadi bagi anda yang sering mengalami masalah isi ayam goreng selalu kering dan keras selepas menggorengnya, boleh lah cuba tip ini Pastikan jumlah cuka itu bersesuaian dengan ayam yang dimasak.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Kredit: Julyana
Baca Juga: Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal, Sangat Berkesan & Lebih Jimat