Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingat Kutu..”, Wanita Ini Kongsi ‘Lipas Air’, Ramai Berasa Geli Melihatnya

“Ingat Kutu..”, Wanita Ini Kongsi ‘Lipas Air’, Ramai Berasa Geli Melihatnya

Kategori:
yaT yat

Tak ramai orang tahu mengenai kewujudan yat-yat atau ibu remis. Apabila dilihat, rupanya yang sama seakan kutu atau lipas membuat ramai terkejut dan berasa geli.

Nama yat yat dalam bahasa Inggeris adalah Mole Crab atau Sand Flea. Haiwan itu berasal dari keturunan ketam dan berwarna kelabu atau putih, mengikut persekitarannya. Tinggal di dalam pasir, sesiapa sahaja yang kerap ke pantai untuk mencari siput remis mesti pernah terjumpa haiwan tersebut.

YAT YAT

(Yat Yat atau Sand Flea)

Meskipun nampak pelik, yat yat sangat enak untuk dimasak dan dimakan. Masak biasa-biasa goreng kunyit pun tetap sedap! Noor Wahidayu Ibarhim berkongsi gambar yat yat yang telah digoreng. Gambar tersebut telah membuat warganet berasa geli kerana rupa haiwan itu yang sama seperti kutu!

Bagi Yang Tak Biasa, Memang Nampak Geli.

Alang2 dpt kepantai…kita kutip YAT YAT atau IBU REMIS namanya…buat goreng kunyit…mkn mcm tu jer… Atau campur dlm cucur…ganti udang…sedap tau.

Bg yg x biasa mmg nmpk geli…bg yg pernah rasa…taulah mcmn sedapnya…rasa x jauh beza ngan udang or bb crab.

yat yat

yat yat

Gambar yang dikongsikan di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official meraih lebih 600 komen. Ulasnya, walaupun yat yat kelihatan agak menggelikan tapi rasanya tidak jauh berbeza dengan udang atau baby crab yang menjadi kegemaran ramai.

Rasa Geli Nak Makan, Macam Lipas!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa geli melihat haiwan itu. Malah, ada yang mengatakan rupanya menyerupai lipas.

yat yat

yat yat

Comel Pun Ada, Rasa Sayang Nak Makan.

Namun, ada juga warganet yang mengatakan haiwan itu terlalu comel. Rasa sayang pula untuk dimakan. yat yat

Rasa lucu sahaja bila membaca pelbagai reaksi warganet, kan? Ada yang geli, ada yang tiba-tiba rasa sayang pula pada haiwan tersebut. Kalau anda makan ke tidak yat yat ini?

Kredit: Noor Wahidayu Ibrahim via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: “Boleh Makan Ke Tak Tu Gaisss?” Keliru Dengan Warna Telur Yang Nampak ‘Pelik’, Warganet Nasihat Wanita Itu Cepat-Cepat Buang!

tags: | |