Roti jala merupakan makanan kegemaran di Malaysia, ianya sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.
Jom kita ikuti perkongsian daripada Aisyah Humaira yang berkongsi resepi ‘Roti Jala’ tanpa santan. Paling penting sedap dan lembut dari pagi sampai ke malam.
Resepi Roti Jala
Bahan-bahan:
- 1kg tepung gandum
- 5 cawan air suam (kalau sukatan metrik 1250ml)
- 1 cawan minyak masak (250ml)
- 4 biji telur gred B
- Sedikit garam
- Pewarna (mengikut warna yang anda suka)
Cara-cara:
- Dalam bekas besar, satukan semua bahan diatas dan kacau rata. Tuang dalam pengisar dan kisar hingga licin tak ada tepung berketul. Kalau berketul, nanti lubang botol roti jala akan tersumbat.
- Nak tahu adunan tu cantik tengok pusaran tengah blander tu ada lubang anggaran besar duit 10 sen maknanya adunan tak pekat dan tak terlalu cair, sedang elok. Jika pekat tambah sedikit air, dan jika cair tambah sedikit tepung gandum.
- Sekarang dah boleh menjala! Buat lah bentuk yang diingini dengan mengikut kreativiti masing-masing. Bila tepung dah bertukar warna dari mentah ke warna lain/masak boleh lah angkat. Lipat kiri kanan dan gulung siap!
Tips:
- Nak urat jala rapat-rapat guna botol muncung 5, kalau nak buat bunga rose guna botol muncung 3, muncung 5 untuk jala gulung (biasa)
- Guna kuali non stick atau pan macam buat burger, ikut selesa masing-masing, hasilnya sama sahaja.
- Api guna yang paling low, biar lambat masak sikit tapi jala jadi elok. Sejukkan sekejap dan simpan dalam bekas tertutup, jangan biar terdedah nanti cepat keras.
Ada juga resepi roti jala yang menggunakan santan. Tapi kalau nak buat banyak atau buat untuk simpan semalaman, tak perlu guna santan sebab takut cepat basi. Jadi untuk selamat, cuma gunakan air biasa sahaja. Kalau untuk makan terus boleh juga letak santan.
Selamat Mencuba!
Kredit: Aisyah Humaira
Baca juga: Ini Cara Buat Roti Jala Yang ‘Perfect’, Sedap & Lembut Sampai Ke Petang!