Shawarma merupakan makanan kesukaan ramai. Sering dijual di restoran yang menghidangkan pelbagai hidangan Timur Tengah, ia sangat enak dan mengenyangkan.
Ramai yang menyangka penyediaannya agak sukar. Sebenarnya tak juga, cuma ia menggunakan pelbagai rempah ratus dan perlu diperap semalaman untuk mendapatkan rasa yang asli. Kalau anda nak tahu, ikuti resepi shawarman homemade yang lengkap ini. Ringkas sahaja!
Resepi Shawarma Homemade Yang Lengkap, Serius Lebih Sedap Dari Kedai!
Bahan Roti Laffa
- 1 setengah cawan air suam
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar yis kering
- 3 cawan tepunbg gandum
- 2 sudu teh garam
Bahan Daging Shawarma
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil bunga cengkih
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil All Spice
- 1/2 sudu kecil serbuk buah pelaga
- 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1/2 sudu kecil serbuk oregano atau thyme
- 1/2 sudu kecil serbuk buah pala
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1/4 sudu kecil serbuk halia
- 1/4 sudu kecil serbuk cili
- 1/2 cawan jus lemon segar
- 1/4 cawan cuka putih
- 1/4 cawan minyak zaitun
- 1 kilogram daging lembu
Bahan Sos Tahini
- 2 sudu teh pes Tahini – dapatkan di sini
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan lemon jus
- 1 sudu teh garam
Cara penyediaan Roti Laffa
- Campurkan air suam, gula dan kering sehingga berbuih.
- Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung gandum dan garam.
- Bila adunan yis tadi dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli selama 5 minit. Masukkan 1 hingga 2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli sehingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang dua kali ganda. Tumbuk.
- Bahagikan kepada lapan. Buat bulat.
- Panaskan grill pan.
- Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sedikit minyak zaitun. Bila sudah mula gelembung-gelembung. Terbalikkan.
- Masak dalam 30 saat hingga 1 minit.
- Angkat, letak dalam bekas suam.
Cara penyediaan daging shawarma
- Kisarkan bawang putih, bunga cengkih, garam, jintan manis, All Spice, serbuk buah pelaga, kayu manis, oregano atau thyme, buah pala, lada hitam, halia dan cili.
- Campurkan serbuk kisar itu dengan jus lemon segar, cuka putih dan minyak zaitun.
- Sapukan campuran tersebut pada daging dan biarkan semalaman di dalam peti ais.
- Masak di atas grill pan yang panas. Grill sampai separuh masak.
- Keluarkan dan rehatkan.
- Hiris nipis dan panaskan grill sekali lagi. Grill hirisan daging hingga cara masak yang disukai.
Cara penyediaan sos tahini
- Sediakan semua bahan.
- Kisar sehingga halus menggunakan blender.
- Sedia untuk dihidang bersama shawarma.
Resepi shawarma homemade yang lengkap ini memang mempunyai beberapa proses yang sedikit lama berbanding hidangan yang lain tapi percayalah hasilnya amat memuaskan. Serius sedap tau!
Selamat mencuba!
Kredit: Ummu Ashraf di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Cara Buat Kerabu Rebung, Mudah Sahaja Rupanya. Rasa Dia Memang Sedap Tak Terkata