Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sejak Tahun 1970 Tak Pernah Tukar Caranya, Wanita Ini Kongsi Resipi Vadai Tanpa Tepung Dari Emaknya

Sejak Tahun 1970 Tak Pernah Tukar Caranya, Wanita Ini Kongsi Resipi Vadai Tanpa Tepung Dari Emaknya

Kategori: ,
vadai tanpa tepung

Vadai merupakan makanan dari masyarakat India Selatan dan kaya dengan rasa berempah. Ia mempunyai tekstur yang sangat lembut di dalam tapi rangup di luar dan lebih sedap dinikmati bersama chutney atau kuah kari.

Kalau berminat untuk tahu bagaimana cara untuk membuatnya, Ami Salwani telah berkongsi cara emaknya membuat vadai tanpa tepung yang mudah dan ringkas sahaja. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Sejak Tahun 1970 Tak Pernah Tukar Caranya, Wanita Ini Kongsi Resepi Vadai Tanpa Tepung Dari Emaknya

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang dhal – dapatkan di sini
  • Lada kering (boleh digantikan dengan lada segar)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Daun kari
  • Garam
  • Minyak masak

Nota: Kuantiti boleh agak-agak sahaja

Cara-caranya

  1. Rendam kacang dhal semalaman supaya lembut sedikit.
  2. Kemudian, toskan kacang dhal dan tumbuk dalam lesung batu. vadai tanpa tepung
  3. Tambahkan bahan-bahan lain dan bentukkan ikut suka. vadai tanpa tepung
  4. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali dan goreng hingga keperangan. vadai tanpa tepung
  5. Sedia untuk dinikmati. vadai tanpa tepung

Siap sudah hidangan ini. Bagi korang yang sudah bosan asyik makan cucur sahaja tiap petang atau mahu menu yang baru, boleh lah cuba menyediakan vadai tanpa tepung ini. Memang mudah sahaja!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Ami Salwani di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Ayam Cetti Padu, Menu Indian Style Cicah Dengan Roti Pun Dah Mantap!

tags: | | |