Dahulu, kek buah dijual di merata tempat. Ada yang murah, ada pula yang sebaliknya. Ringkas dan sedap, tak hairan mengapa pencuci ini menjadi kegemaran. Tapi oleh kerana pelbagai jenis kek sudah diperkenalkan, kek buah semakin dilupakan.
Susah untuk ditemui, anda boleh cuba menyediakan resepi kek buah cantik yang telah dikongsikan oleh Norul Hayati di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Mudah dan ringkas, rupanya juga sangat menawan.
Resepi Kek Buah Cantik
Bahan A
- 100 gram butter
- 160 gram gula
- 60 gram plain yogurt
Bahan B
- 4 biji telur gred B
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C
- 210 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan Lain
- Buah-buahan (strawberry, blueberry, kiwi, peach, mulberry)
Cara Penyediaan
- Bahan A dipukul sehingga kembang.
- Setelah kembang, masukkan bahan B. Telur dimasukkan satu per satu.
- Masukkan bahan C. Putar bahan sehingga sebati.
- Masukkan dalam loyang size 7×7 atau 8×8 inci yang telah dilapikkan dengan baking paper.
- Susun buah-buahan yang telah dipotong. Buah-buahan yang boleh digunakan adalah buah strawberry, blueberry, kiwi, peach, mulberry.
- Bakar mengikut suhu oven masing-masing.
Tips Penting:
- Untuk elak kek mengecut selepas bakar atau buah tenggelam, setelah masukkan telur, jangan putar adunan terlalu lama. Sekadar adunan sebati sahaja.
- Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan gula sebelum letakkan di atas adunan kek.
- Buah-buahan yang dipotong juga jangan dipotong terlalu nipis atau terlalu tebal.
- Yogurt boleh guna apa-apa jenama dan mestilah berperisa plain.
- Nak kek sedap dan wangi boleh guna pure butter.
Mudah sahaja untuk sediakan resepi ini. Ringkas dan cantik, memang enak bila dimakan. Bila berkesempatan, ayuhlah ke dapur untuk menyediakannya.
Selamat mencuba!
Kredit: Norul Hayati via MAHN
Baca Juga: Resepi Rahsia Puding Mangga Susu Yang Mudah Dan Sedap! Sekali Makan Nak Lagi