Bagi sesetengah wanita, terutamanya yang memang gemar untuk memasak, peralatan dapur amatlah dihargai. Jika dijaga dengan elok, ia boleh digunakan dan disimpan untuk tahun-tahun akan datang.
Tak hairan mengapa sesetengah orang begitu menyayangi peralatan dapur. Banyak kenangan manis dan pahit boleh tercipta dengannya, boleh murung seseorang itu jika peralatan dapur mereka rosak dan tidak boleh digunakan seperti dahulu.
Di laman Facebook, seorang wanita, Nor Hayati, meluahkan rasa sedihnya apabila melihat peralatan dapur iaitu sebuah periuk dan sudip sudah patah, rosak jadinya.
Jelasnya pada salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang warganet, kejadian tersebut adalah disebabkan kerana membiarkan anaknya untuk memasak. Kerana terlalu kuat menekan sudip tersebut, ia telah patah sekaligus menyebabkan kuali terangkat dan terbang lalu telingkup di atas lantai.
Tkdk rezeki..sabor je la
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa keliru dengan kejadian tersebut. Hairan, mereka bertanya bagaimana perkara sebegitu boleh terjadi. Wanita tersebut sedia menjelaskan.
Jelas perkara yang terjadi amat merugikan. Bukan sahaja peralatan dapur, tapi nasi goreng turut ‘melayang’. Bagaimanapun, mereka tetap mendoakannya dan mengajaknya untuk bersangka baik.
Walaupun perkara yang berlaku begitu malang, namun nasib baik tiada siapa yang tercedera dari kejadian tersebut. Tak mengapa, walaupun kita kerugian, mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Manalah tahu nanti boleh pujuk si suami untuk beli peralatan dapur yang baru.
Kredit: Nor Hayati via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: Tak Pernah Berlaku, Wanita Ini ‘Sebak’ Apabila Melihat Apa Yang Terjadi Pada Tudung Periuknya