Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nasib Tak Bocor Kepala..” Wanita Ini Sempat Mengelakkan Diri Dari Tercedera, Tak Berpeluang Menikmati Bekal Makanan

“Nasib Tak Bocor Kepala..” Wanita Ini Sempat Mengelakkan Diri Dari Tercedera, Tak Berpeluang Menikmati Bekal Makanan

Kategori:
BEKAL MAKANAN

Sejak dahulu lagi, orang ramai gemar membawa bekal untuk berjimat cermat. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, kita juga yakin dengan kualiti makanan yang telah disediakan.

Namun, cuba bayangkan bila anda baru sahaja ingin menikmati makanan yang telah dibungkus rapi, tiba-tiba sahaja dinding syiling mula berderai. Belum sempat berbuat apa, ianya tiba-tiba sahaja pecah! Pasti berasa terkejut sehingga terlupa pada bekalan makanan.

Dinding Pecah, Tak Sempat Menikmati Bekal Makanan

Di laman Facebook, seorang wanita sempat menggelakkan diri dari ditimpa kecederaan teruk apabila dirinya baru sahaja duduk di meja untuk menikmati bekal makanan yang telah dibawa.

Baru sahaja menghidangkan makanan yang dibawa, wanita itu terkejut apabila serpihan simen mula jatuh dari dinding. Dijenguk, rupanya dinding di tempat kerjanya sudah lusuh. Bersyukur tidak tercedera, serpihan itu nyaris terkena bekas lauknya. Terus hilang selera untuk makan.

Malang tak berbau… Nasib tak bocor Kepala.. kalau tak… dah jadi lauk ikan asam rebus nenas + serpihan simen lah jawabnya… Hampir2 je nak masuk dalam bekas lauk tu.

BEKAL MAKANAN BEKAL MAKANAN BEKAL MAKANAN BEKAL MAKANAN BEKAL MAKANAN

Nasib Baik Tidak Tercedera

Menjengah di ruangan komen, warganet bersyukur bahawa wanita itu tidak tercedera. Mereka turut mengingatkannya supaya lebih berhati-hati supaya perkara sebegini tidak lagi berlaku. BEKAL MAKANAN

Jangan terlalu leka apabila berada dimana-mana tempat, walaupun sudah selesa, pastikan anda memeriksa persekitaran masing-masing supaya dapat mengelakkan diri dari ditimpa kemalangan. Lebih-lebih lagi di luar, bahaya boleh wujud di mana-mana tempat.

Kredit: Mazidah Asahari via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Dia Macam Tengah Menahan Sakit..” Seram Melihat Rupa Ubi Kayu Yang Baru Saja Ingin Dimasak, Rupa-Rupanya..

tags: