Adat dalam apa jua perniagaan, pendapat pelanggan amatlah penting untuk tampil lebih maju dan berkembang. Terutamanya bagi peniaga makanan, maklum balas dari pelanggan dapat membantu mereka untuk menambah baikkan produk yang dikeluarkan.
Namun, bila meninggalkan segala maklum balas, ada adatnya. Ramai diantara kita yang lebih suka mencaci dahulu sebelum apa-apa. Perkara tersebut boleh mengguris perasaan para peniaga sehingga boleh membuat mereka terdiam.
Di laman TikTok, seorang wanita, yanaismaill terdiam dan kecewa dengan aduan yang diterima oleh salah seorang pelanggannya.
Menurut wanita itu, pelanggannya pernah mengadu bahawa sambal yang dijualnya adalah terlalu pedas sehingga boleh memudaratkan kesihatan. Komen tersebut buat wanita itu menanyakan diri sendiri dan ragu-ragu dengan produk yang dikeluarkan.
@yanaismaill tak pedas tak sedap π
@yanaismailltak pedas tak sedap πβ¬ suara asli – β΄οΈπΈβππ_πβπΌβπΎγ½οΈ – ποΈπ¬πππ π΄ππππ
Di ruangan komen, maklum balas pelanggan tersebut membuat warganet berasa hairan. Ujar mereka, jika pelanggan mahukan sambal yang sempurna dan betul-betul kena dengan citarasa sendiri, seeloknya buat sendiri. Namanya pun sambal, mestilah pedas.
Meskipun dikritik, namun sambal yang dijual wanita itu tetap digemari oleh pelanggan yang setia. Tambah mereka sedap, komen-komen sebegitu berjaya memulihkan semangat dan hatinya yang kecewa.
Memang benar bahawa maklum balas pelanggan itu penting bagi membantu sesebuah perniagaan. Namun, jika cara penyampaiannya salah, ia tidak akan membantu para peniaga. Sebaliknya lain pula jadinya.
Jika ingin memberikan kritikan, ada caranya. Jika niat kita benar-benar ikhlas untuk membantu orang lain jadi lebih baik, maka belajar lah adat memberi komen dengan cara yang lebih elok.
Kredit: TikTok yanaismaill
Baca Juga: Tak Pernah Berlaku, Wanita Ini βSebakβ Apabila Melihat Apa Yang Terjadi Pada Tudung Periuknya