Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Tak Makan Ler..” – Tengah Syok Makan, Wanita Ini Terkilan Jumpa Siput Bulat Dalam Nasi Goreng

“Memang Tak Makan Ler..” – Tengah Syok Makan, Wanita Ini Terkilan Jumpa Siput Bulat Dalam Nasi Goreng

Kategori:
Jumpa Siput Bulat Dalam Nasi Goreng

Aspek kebersihan sangat penting bagi pengusaha kedai makan dan minuman. Segala hidangan yang disediakan perlulah diteliti dengan sepenuhnya supaya tidak tercemar.

Meskipun begitu, ada segelintir peniaga yang akan terlepas pandang dan tidak memeriksa makanan dan minuman sebetulnya sebelum ia dihidangkan pada pelanggan. Oleh itu, pelanggan perlulah berhati-hati dan menilik terlebih dahulu takut nanti perkara sama yang telah terjadi pada wanita ini menimpa pula ke atas diri anda.

“Memang Tak Makan Ler..” – Tengah Syok Makan, Wanita Ini Terkilan Jumpa Siput Bulat Dalam Nasi Goreng

Terbaharu, oleh kerana lapar, seorang wanita feeeeza telah memesan sebungkus nasi goreng dari sebuah kedai makan untuk dimakan kemudian.

Tiba sahaja makanan yang dipesan itu, wanita tersebut teruja untuk menikmatinya. Sekali dicuba, rasa nasi goreng tersebut sangat sedap dan kena dengan seleranya sehingga dia tak henti makan. Jumpa Siput Bulat Dalam Nasi Goreng

Namun setelah beberapa suapan, wanita itu tersedar ada sesuatu yang aneh di hidangan tersebut. Diperiksa secara lebih teliti, dia berasa terkejut apabila menemui cengkerang siput bulat dalam makanannya.  Jumpa Siput Bulat Dalam Nasi GorengJumpa Siput Bulat Dalam Nasi Goreng

Melihat perkara itu, dia juga turut keliru samada dia perlu menghabiskan nasi goreng tersebut kerana mempunyai haiwan itu.

https://www.tiktok.com/@feeeeeza/video/7126166866757750043

@feeeeeza Pelik ek sipot mcm ni ade dlm nasi..🤔🤔🤔🤔 #fypdongggggggg #fypシ ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Menjengah di ruangan komen, orang ramai pula mempunyai pendapat yang berbeza. Segelintir individu seperti Siti Patimah53253, Illawaty dan Manis_85 pula tidak akan menghabiskan nasi goreng tersebut kerana geli melihat siput bulat tersebut.

Manakala pengguna MohdEzuan101 dan usersecret tetap akan menghabiskan makanan itu kerana mungkin tak mahu membazir. Nak mudah, buang sahaja cengkerang siput itu dan teruskan menghabiskan nasi goreng itu.

Orang Ramai Berbeza Pendapat; Ada Yang Tak Kisah, Ada Yang Lain Pula Jumpa Siput Bulat Dalam Nasi Goreng

Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Semoga peniaga lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan dan minuman pelanggan selepas ini dan menjadikan perkara ini sebagai peringatan di lain hari.

Buat kita sebagai pelanggan pula, janganlah mengecam peniaga secara berlebihan. Seeloknya, temui peniaga mengenai hal ini dan selesaikan secara elok. Hal ini hanya dikongsikan supaya menjadi pengajaran buat kita semua.

Kredit: feeeeza

Baca Juga: Pergi Kenduri Minta Lauk Pengantin, Gelagat Tetamu Ini Berjaya Hiburkan Orang Ramai

tags: | | | | |