Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 32 Tahun Hidup, Baru Tahu Fungsi Uncang Teh Boleh Belah Dua, Wanita Ini Kongsi Cara Boleh Jimat!

32 Tahun Hidup, Baru Tahu Fungsi Uncang Teh Boleh Belah Dua, Wanita Ini Kongsi Cara Boleh Jimat!

Kategori:
uncang teh boleh belah dua

Bagi penggemar teh, memang ada sesetengah orang kena pekena teh dahulu sebelum memulai hari untuk bekerja. Macam penggemar kopi juga. Ada yang minum tanpa gula dan ada juga yang campur susu. Ikut selera masing-masing.

Bercakap tentang teh, baru-baru ini tular satu video berkenaan penggunaan teh uncang yang belum ramai tahu. Video yang dimuatnaik oleh Niaminoo menerusi akaun TikToknya mendapat perhatian ramai kerana ramai juga menunjukkan reaksi terkejut apabila dapat tahu ‘trick’ ini.

32 Tahun Hidup, Baru Tahu Fungsi Uncang Teh Boleh Belah Dua, Wanita Ini Kongsi Cara Boleh Jimat!

uncang teh boleh belah dua

Video itu menunjukkan uncang teh sebenarnya boleh digunting dua di bahagian tengah. Tinggal tarik bahagian atas uncang yang dilekat dan gunting iikut alur uncang teh. Ia diaplikasi bukan kepada semua jenama, tetapi kebanyakan teh uncang memang boleh buat macam ni.

“32 tahun hidup baru tahu fungsi ini,” tulisnya untuk keterangan video tersebut.

uncang teh boleh belah dua uncang teh boleh belah dua

https://www.tiktok.com/@niaminoo/video/7102930193173564674?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@niaminoo♬ suara asli – NAMA KOK FIKI – Fiki Goo 20k🍻

Meninjau komen netizen, ramai juga yang baru tahu tentang ‘trick’ ini. Seperti penggemar kopi, ada yang mahukan minuman pekat dan ada yang tidak suka pekat. Jadi, dah boleh guna cara ini untuk kurangkan kepekatan teh.

Misalnya, seorang netizen bernama Azman dilihat mahu mengurangkan kepekatan teh selepas mengetahui cara ini di TikTok.

“Patut la kalau buat 1 mug pekat sangat teh dia. Baru tahu ada 2. Cehhhh,”katanya.

Selain itu, ada juga segelintir yang sudah tahu akan cara ini. Mardiana berkata, “kalau saya dah tahu dari dulu kerana saya suka minum teh. Tapi kalau dua rasa dia pahit makanya saya belah bagi dua,”katanya.

“Kalau Nak Buat Air Teh Segelas, Boleh Guna Cara Ni Baru Tak Pekat Sangat”

uncang teh boleh belah dua

Buat pemilik video, terima kasih ya bagitahu dan berkongsi perkongsian yang uncang teh boleh belah dua ini. Selama ni memang kebanyakan daripada kita tidak tahu.

Rasanya, korang dah boleh pergi dapur dan check uncang teh masing-masing. Mana tahu boleh kerat macam ni kan? Selain jimat, mana yang tak suka pekat pun boleh kurangkan.

Sumber: Niaminoo

Baca juga: “Ramai Taknak Kerja?”, Lelaki Ini Banding Gaji Industri Food And Beverage Di Malaysia Dan Singapura, Cetus Bahas Netizen

tags: | |