Sakit tekak merupakan sesuatu yang sering dialami ramai. Lebih-lebih lagi dengan cuaca sekarang yang tidak menentu dan sering berubah-ubah, kita akan mudah terkena. Oleh itu, pesakit perlu menjaga pemakanan dan minuman bagi mengelakkan ia bertambah parah.
Namun begitu, ada kalanya kita akan teringin untuk menikmati beberapa jenis makanan ketika sedang mengalami sakit tekak. Tapi perlu sentiasa diingati untuk menjauhi minuman berais. Ini kerana ia boleh menyebabkan sakit tekak semakin berpanjangan. Oleh itu, nasihatkan pihak restoran untuk tidak menyediakannya demi kesihatan anda.
Terbaharu, seorang wanita yang sedang mengalami masalah sakit tekak berasa teringin untuk menikmati beberapa hidangan dari KFC. Oleh itu, dia menggunakan aplikasi penghantaran makanan untuk memesan makanan.
Memandangkan beberapa set hidangan KFC disediakan bersama minuman, wanita itu meninggalkan nota pada pihak restoran untuk tidak meletakkan sebarang ais kerana sakit tekak yang sedang dialami.
Selang beberapa minit, pesanannya telah selamat dihantar. Namun wanita itu tidak menyangka pesanan yang telah ditulis oleh pekerja KFC. Diteliti, pekerja yang telah menyediakan pesanannya meninggalkan ucapan supaya dia cepat sembuh.
Melihat perkara itu, wanita itu sampai tersenyum dan terharu dengan tindakan pekerja tersebut.
https://www.tiktok.com/@yaosyas/video/7099390215797722394?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@yaosyas i order kfc tapi i ckp air tknk ais sbb sakit tekak and then tgk ni what kfc tulisss for me skkskss comel 🥹🥹🥹 #fyp #kfc ♬ LOVE. – <Mia3
Di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa bahawa tindakan pekerja KFC yang telah meninggalkan ucapan sebegitu adalah sangat comel, sesuatu yang sangat tidak disangka!
Sesiapa sahaja akan berasa gembira bila menerima pesanan sebegitu, kan? Dalam keadaan sakit-sakit dan moody, sudah tentu kita akan rasa lebih ceria. Sampai ke tidur boleh teringat. Tak salah pun jika kita berbuat baik kepada orang yang tidak dikenali. Manalah tahu mereka akan mendoakan kita.
Kredit: yaosyas
Baca Juga: “Struggle Betul Hidup..”, Harga 1 Pek Spaghetti Cecah RM7 Di Pasaraya, Wanita Ini Rasa Susah