Oleh kerana faktor kesihatan dan kepercayaan, ramai yang memilih untuk amalkan diet vegetarian. Pengamal diet ini tidak akan memakan apa jenis daging haiwan seperti ikan, ayam, lembu dan sebagainya tapi mereka masih lagi boleh mengkonsumsi telur dan produk tenusu.
Masih lagi baharu, diet ini merupakan sesuatu yang masih lagi asing buat bangsa Melayu. Oleh kerana masyarakat Melayu ini selalu memasak pelbagai lauk-pauk yang berasaskan daging, ayam dan ikan, sudah tentu ia sesuatu yang hairan apabila melihat mereka mempraktikkannya. Hal seperti itulah yang terjadi baru-baru ini.
Terbaru, seorang pengguna, jannahjahaya10969, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat lucu yang telah dilakukan olehnya dan sahabat. Mungkin ingin mengubah selera, wanita itu memesan makannan dengan menggunakan aplikasi Foodpanda.
Namun kali ini, nasi goreng yang dipesan adalah lain dari yang lain. Meminta peniaga untuk tidak meletakkan apa jua daging dalam nasi goreng cina dan tomyam yang dipesan kerana vegetarian, ia hanya dimasak bersama sayur-sayuran.
Nasi goreng vegetarian itu dihantarkan oleh seorang rider Foodpanda yang turut berasa keliru bila menghantar pesanan mereka.
@jannahjahaya10969 rider pun dua kali pandang “eh melayu rupanya” ππππ@ainfrsha__ @yvoniss #eh #stupid #funnymoments
@jannahjahaya10969 rider pun dua kali pandang “eh melayu rupanya” ππππ@ainfrsha__ @yvoniss #eh #stupid #funnymoments β¬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT
Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen berasa hairan dengan apa yang telah dilakukan oleh wanita itu. Seperti memakan nasi goreng kosong, mereka keliru samada nasi goreng itu masih lagi sedap atau tidak.
Walaupun hairan, janganlah kita menghukum diet dan cara pemakanan orang lain. Jika dia lebih selesa dengan mengamalkan gaya hidup dan diet vegetarian, maka tak mengapa. Yang penting apa yang dimakan olehnya sedap bagi tekak orang yang memakannya.
Kredit: TikTok jannahjahaya10969