Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Wanita Kongsi Resepi Ikan Selayang Tumis Yang Sedap & Menyelerakan, Sekali Rasa Teringat 40 Hari!

Jannah by Jannah
Januari 18, 2022
in Resepi
2 min read
0 0
0
resepi ikan selayang tumis
0
SHARES
71
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ikan selayang merupakan antara ikan air masin yang sering menjadi lauk utama bagi masyarakat Melayu. Selain menjadi lauk, ikan ini juga sering dimasukkan ke dalam kuah laksa, kuah laksam dan kuah sayur lemak putih. Memandangkan saiznya yang sedikit kecil jadi rasanya sangat enak apabila digoreng begitu sahaja.

BacaJuga

harga ikan

Harga Ikan Pula Dijangka Meningkat Kerana Bekalan Ikan Semakin Kurang

Mei 23, 2022
229
ikan laut

“Kalau Ikan Sakit Perut…”, Pekerja Offshore Bagi Makan Sup Ekor Dengan Udang Masak Merah Kepada Ikan Laut Curi Perhatian Netizen

Mei 19, 2022
432

Namun nak lebih sedap? Jom kita buat Ikan Selayang Tumis. Rasanya cukup luar biasa kerana ikan tersebut dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya digoreng. Setelah itu barulah ditumis. Pasti enak kan? Terasa kerangupan bersama-sama kuah tumis tersebut. Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi perkongsian dari Riana Samad ini.

Cara Buat Ikan Selayang Tumis Yang Padu & Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang | dikukus
  • Asam jawa
  • Cili boh
  • Garam
  • Aji nomoto
  • Gula
  • Kicap

Bahan tumis: 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Cara Penyediaan:

  1. Buang tulang ikan selayang yang dikukus tadi. 
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan tersebut. Kalau suka garing, boleh goreng sampai garing.
  3. Dah siap goreng, angkat dan toskan. 
  4. Guna minyak yang sama, tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. 
  5. Kemudian masukkan asam jawa, cili boh dan tumis lagi sehingga wangi. 
  6. Masukkan ikan, garam, aji, gula dan kicap. 
  7. Apabila dah menggelak boleh angkat dan siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Ikan Selayang Tumis? Nampak je biasa, namun rasanya cukup membuatkan selera kita bertambah-tambah. Yang penting selamat untuk anak-anak makan sebab dah buang segala tulang belulang tu. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang.

Kredit: Riana Samad

Baca juga: Wanita Dedah Resepi Percik Ikan Kembung Terlampau Sedap, Menu Yang Wajib Dicuba!

0/5 (0 Reviews)
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
udemy paid course free download
download karbonn firmware
Tags: ikanikan selayangikan selayang tumis
ShareTweetSend

Related Posts

DENDENG DAGING ASLI PADANG
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Dendeng Daging Asli Padang, Serius Sedap! Guna Periuk Noxxa Untuk Lebih Mudah

Mei 24, 2022
4
nasi tomato
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

Mei 24, 2022
324
acar umbut kelapa
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Acar Umbut Kelapa, Rasa Lemak, Manis & Crunchy, Sedap Sangat!

Mei 23, 2022
40
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist