Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Betul-Betul Masak Tak Jadi..”, Wanita Hilang Mood Masak Patin Tempoyak Lepas Jumpa ‘Tetamu’ Tak Diundang!

“Betul-Betul Masak Tak Jadi..”, Wanita Hilang Mood Masak Patin Tempoyak Lepas Jumpa ‘Tetamu’ Tak Diundang!

Kategori:
temui cicak dalam tempoyak

Pasti ada yang pernah mengalami situasi yang menggelikan dalam hidup. Tidak kiralah saat melakukan apa sahaja. Lebih-lebih lagi kalau sedang memasak atau pun sedang makan. Kalau ada kejadian yang menggelikan berlaku pasti ianya membuatkan kita trauma kan.

Kejadian yang hampir sama berlaku kepada pasangan suami isteri ini. Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Mohamad Raihan Ibrahim berkenaan dengan masak tak jadi apabila isterinya terjumpa seekor cicak dalam tempoyak.

Kejadian tersebut membuatkan isterinya terus hilang mood untuk memasak patin tempoyak. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila tempoyak tersebut baru sahaja dibeli. Bukannya sedikit tetapi satu kilogram.

Kejadian yang berlaku sewaktu isterinya ingin menyediakan makan tengahari itu dianggap tiada rezeki setelah menjumpai ‘tetamu tak diundang’.

Betul-betul masak tak jadi hari ni..

Memang betul-betul masak tak jadi hari ni. Hilang mood orang rumah nak masak patin tempoyak tengahari ni. Tengah sedap duk cedok tenpoyak dalam blender tiba-tiba muncul tetamu tak diundang. 

Kalau lah wife tak nampak. Confirm kene blender dah cicak tu. Hirup kuah patin cicak tempoyak lah jawabnya. Tempoyak baru je beli sekilo. Nak mintak ganti rugi jauh dah dengan rumah. Biar je lah anggap takde rezeki hari ni. Huhu. 

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada warganet menyarankan agar membuat sendiri tempoyak ini. Memandangkan kebersihannya lebih terjamin jika kita membuatnya sendiri.

Kadang kesian tengok..

Punca saya buat sendiri..

Tempoyak ni eloknya buat sendiri..

Kalau korang tak pandai nak sediakan tempoyak sendiri, korang boleh ikut resepi atau cara ini. Pasti menjadi dan sedap. Kebersihan pun terjamin. InshaAllah tidak akan terjumpa mana-mana tetamu tak diundang dalam tempoyak yang dibuat sendiri.

Kredit: Mohamad Raihan Ibrahim Via MATJHN

Baca juga: “Patut Adik Senyap Je..”, Ibunya Baru Buat Tempoyak, Tiba-Tiba Anak Uli Sekali Lagi

tags: | |