Prayer Oil atau minyak sembahyang ini sering digunakan oleh orang India untuk melakukan upacara sembahyang. Jarang sekali orang akan menggunakan minyak sembahyang ini untuk memasak.
Namun ada seorang wanita di aplikasi TikTok tersalah guna minyak sembahyang milik rakan India nya. Wanita berkenaan telah memuatnaik perbualan dengan rakannya dimana dia menggunakan minyak tersebut untuk memasak tomyam.
Terkejut dengan itu, rakannya sempat berseloroh mengatakan rasa tomyam yang dimasak itu sedap. Bukan sahaja menggunakan minyak berkenaan untuk memasak tomyam, malah wanita berkenaan turut menggunakannya untuk membuat nasi lemak serta beberapa hidangan lain lagi.
@youcancallme.nell patutlah sedap tomyam dia semalam #painhub #anakmamayanghebat #myfoodies
@youcancallme.nellpatutlah sedap tomyam dia semalam ##painhub ##anakmamayanghebat ##myfoodies♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kejadian yang dialami oleh wanita ini. Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang menjelaskan tiada masalah untuk menggunakan minyak berkenaan. Memandangkan ia tiada campuran lain.
Tidak kurang juga ada yang bertanya apa rasa dia. Namun jawapan wanita berkenaan menerusi videonya yang lain adalah dia merasa syahdu.
https://www.tiktok.com/@youcancallme.nell/video/7030555109247454491?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&q=%40youcancallme.nell&t=1637201796801&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@youcancallme.nellReply to @hottieqisbruh rasa syahdu kak ##painhub ##anakmamayanghebat ##myfoodie♬ original sound – Random users
Dan apa yang lebih membuatkan warganet pecah perut lagi adalah apabila ada warga TikTok lain yang mengatakan bangun tidur keesokkan harinya tiba-tiba faham bahasa Tamil.
https://www.tiktok.com/@youcancallme.nell/video/7030557437971156250?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&q=%40youcancallme.nell&t=1637201796801&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@youcancallme.nellReply to @shakirshahar97 btw🗿##tomyamkacukan ##myfoodie ##anakmamayanghebat♬ Helikopter – Fazlija
Walaubagaimanapun minyak berkenaan memang masih selamat untuk dimakan. Menurut beberapa sumber yang lain, ia merupakan minyak sapi atau minyak samin. Minyak ini biasanya digunakan untuk sembahyang Shiva pada Maha Shivaratri.
Sumber: TikTok youcancallmee.nell
Baca juga: “Mujur Tak Bagi Anak Makan Lagi..” Terkejut Dengan Coklat Aneh, Wanita Ini Bingung