Ramai yang bersangka bahawa perkerjaan sebagai seorang food rider ini mudah. Cuma mendaftarkan diri dengan beberapa syarikat, terima dan menghantar pesanan pelanggan, terus duit masuk. Mudah, kan? Tak semestinya.
Tugas sebagai seorang food rider ini ada cabarannya juga. Bukan sahaja perlu menghadapi risiko yang tinggi di jalan raya dan kerenah pelanggan, kadang-kadang dalam waktu sehari itu tak pernah pesanan masuk. Jelas mencari rezeki itu bukanlah mudah.
Di laman TikTok, seorang pengguna, jol_naz, berkongsi rasa penatnya dengan warganet. Berkerja sebagai seorang food rider untuk GrabFood, dia bagaimanapun penat setelah tiga hari tidak menerima apa-apa pesanan.
Jelas tampak penat dan sedih, lelaki itu bertanya samada situasi ini pernah dihadapi oleh food rider lain. Meskipun ingin berputus asa, dia tetap mencuba nasib, percaya bahawa rezeki akan datang dengan izin Tuhan dan usaha yang konsisten.
https://www.tiktok.com/@jol_naz/video/7032890280726646042?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8QaN5bI9vjT%2FAV4P7Ud9sMALIYvJN0dguwcL%2FTCvekqyTcCQXgeMKs5%2Biv6c%2BO6oTAmp04tHGZqEixi0nGgA%3D&checksum=66a1681ee608f98a2704ac7766972ae323e59b6c7adcfa6fe815a6a7300a73de&language=en&mid=7007346012817869569&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7032890280726646042&share_link_id=33bd9db6-6c36-4fde-a6fc-e1465c06bcad&source=h5_t×tamp=1637637726&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@jol_naz♬ suara asli – M.S
Tambahnya di ruangan komen, dia sudah berusaha, banyak kali pindah tempat tapi masih lagi tiada rezeki buatnya.
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa bersimpati akan nasib abang GrabFood itu. Mereka juga tampil memberi pujukan dan semangat agar dia tidak cepat berputus asa. Memang lumrah bila mencari rezeki, semuanya tak akan datang bergolek semudahnya. Sebelum berjaya, sudah pasti kita akan merasai pahitnya.
Ada juga yang meninggalkan komen bahawa perkara itu disebabkan oleh sistem aplikasi GrabFood yang dalam proses penyelenggaraan.
Sabar lah abang GrabFood, nak mencari rezeki ini pasti ada liku yang perlu dihadapi. Percayalah rezeki itu milik mereka yang sentiasa berusaha. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang kuat dan selamat.
Kredit: TikTok jol_naz