Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa, seharusnya kita saling memahami dan hidup secara harmoni dan bertoleransi. Jauhi syak wasangka, kita juga perlu bersangka baik dan tidak meletakkan pandangan buruk pada kaum lain hanya kerana gaya hidup dan amalan yang berbeza.
Realitinya, tak semua manusia mempunyai sifat yang buruk. Jadi jangan lah kita cepat menghukum seseorang itu hanya kerana perbezaan dari segi kaum dan agama. Satu Malaysia, kita perlu lah saling berbaik dan bantu satu sama lain.
Di laman TikTok, seorang pengguna, mr_arrogant326, menyaksikan gelagat dua orang lelaki Cina di sebuah kedai makan bila berurusan dengan seorang penjual.
Menurut video yang dikongsikan itu, seorang makcik yang telah ke meja ke meja bersama jualannya datang pada dua lelaki berbangsa Cina itu untuk menjual pulut bakarnya. Tak disangka, mereka berdua membeli kesemua jualan makcik tersebut. Kelihatan layanan mereka juga elok pada wanita berusia itu. Terharu, lelaki itu juga berasa kagum dengan sikap pemurah dua lelaki itu.
https://www.tiktok.com/@mr_arrogant326/video/7033598479318486298?region=MY&mid=6951400791852877825&u_code=deefmbm423ifc3&preview_pb=0&language=en&_d=d1dm58fbd904fk&share_item_id=7033598479318486298&source=h5_t×tamp=1638948815&user_id=6873278743792993282&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&utm_source=telegram&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&share_iid=6996477519479064347&share_link_id=53d88cd5-7c7e-43ff-bbca-7b53bff88ed1&share_app_id=1180&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&item_id=7033598479318486298&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937#/@mr_arrogant326/video/7033598479318486298
@mr_arrogant326Aku slute, sbb dorang 2 beli semua jualan makcik tu..##fyp ##kamisempoi ##sibu ##sarawakian♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar
Menjengah di ruangan komen, jelas para warganet tersentuh dengan kebaikan yang dilakukan oleh dua lelaki itu. Jelas kebaikan tak akan mengira bangsa atau agama.
Malah, ada segelintir warganet yang mengajak orang ramai untuk membuang mentaliti buruk pada kaum lain memandangkan kita sebuah negara yang berbilang kaum. Jika ingin hidup dengan harmoni, hormati satu sama lain.
Semoga perkara yang dikongsikan ini menjadi pengajaran buat kita semua. Buang pandangan buruk pada kaum lain dan sentiasa bantu satu sama lain tanpa mengira latar belakang mereka. Sikap sebegitu dapat mengekalkan keharmonian negara.
Kredit: TikTok mr_arrogant326
Baca Juga: Seronok Terima Layanan Elok Dan Penuh Beradab Oleh Peniaga, Teringat Pula Pada Zaman Kecil Dahulu