Rezeki adalah rahsia Tuhan yang Maha Baik. Dia akan memberikan rezeki kepada orang-orang yang bersabar.
Seperti kisah seorang pelakon jelita yang diberi nama Zahnita, selepas dilanda musibah dengan pergolakan perkahwinan, dia bangkit kembali dengan usaha dan sabar yang mengagumkan.
Bahkan rezeki wanita berusia 39 tahun itu juga semakin melimpah ruah apabila pai hasil air tangannya semakin mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, menerusi hantara dalam Instagram pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu memaklumkan sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai.
“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.
“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Perniagaan pai ‘home made’ yang diberi nama Zahnita Humble Pie mendapat sambutan ramai sejak dia memperkenalkan kepada pengikutnya beberapa bulan lalu.
Bilangan tempahan pai yang dihasilkannya meningkat mendadak sejak kes keganasan rumah tangganya menggemparkan negara.
Zahnita yang kini menetap di Kuantan, Pahang membuat sendiri Zahnita Humble Pie di rumahnya.
Dia juga mempunyai ejen di Kuala Lumpur dan beberapa daerah lain untuk mereka yang ingin merasai keenakkan pai buatannya.
Pembaca Daily Makan, jom support Zahnita Humble Pie sama-sama!
Sumber: Zahnita
Baca juga: Ramai Terkejut Nasi Lemak Kangkung Dijual RM2, Telur Rebus Separuh Dengan Harga Murah