Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » 10 Resipi ‘Dessert’ Yang Sedap & Nikmat Untuk Berbuka Puasa

10 Resipi ‘Dessert’ Yang Sedap & Nikmat Untuk Berbuka Puasa

Kategori:

Setiap kali bulan Ramadhan tiba, pelbagai juadah yang enak muncul di kepala untuk berbuka puasa bukan? Bukan setakat lauk pauk, malah minuman dan pencuci mulut juga seharian difikirkan.

Tak perlu pening kepala lagi, ini dia aneka resipi pencuci mulut yang boleh anda buat untuk berbuka puasa. Yang penting caranya sangat mudah dan tidak rumit. Semoga bermanfaat!

1. Puding Roti Sos Kastard

Bahan-bahan:

  • Roti
  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 sb mentega
  • 4 sb gula
  • Pisang

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan kecuali pisang roti. Kacau sebati atas api yang kecil, tak perlu lama.
  2. Bila sos dah siap, susun roti dalam loyang bersama pisang. Taburkan juga coklat chip.
  3. Tuang sos ke dalam loyang supaya roti kembang.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit. Letakkan air dalam dulang pembakar.
  5. Untuk sos, satukan satu tin susu cair, 2 sudu besar gula, 2 sb tepung kastard dan 1 cawan air. Kacau sebati sehingga pekat. Siap!

2. Resipi Salad Buah-Buahan

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah pelam
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • Aggur
  • Kismis hitam ikut nk banyak mana
  • Anggur tu saya beli rm5.99 nk letak semua boleh
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi
  • 5@6 sudu mayonis buah-buahan

Cara-cara:

  1. Potong kecil semua buah-buahan dan satukan.
  2. Letakkan kismis ikut banyak mana nak.
  3. Letakkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaul sebati. Siap!

3. Resipi Puding Lumut Butter

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati:
    – Dua biji telur
    – Santan 200ml
    – 4 cawan air
    – Gula 3/4 cawan gula (ikut selera korang kalau nak manis boleh lebihkan gula kalau tak suka manis boleh kurangkan)
    -1/2 sb garam
  2. Kemudian masukan satu paket serbuk agar-agar dan pewarna hijau. Bila semua dah sebati tapis dan tuangkan dalam periuk.
  3. Masak sambil kacau di atas api perlahan. Bila dan mendidih dan jadi ketul-ketul boleh tutup api. Sejukkan kejap.
  4. Bila dah sejuk sikit boleh tuang dalam bekas. Kalau tuang masa panas jadi tak cantik sebab ada mendapan air. Kemudian sejukkan.
  5. Yang ni pulak kacau rata semua:
    – 3biji telur ( ambik kuning je )
    – 100gm butter
    – 1/2 susu pekat
    -1 sudu esen vanila
    Ok letak tepi dulu.
  6. Masak satu paket serbuk agar-agar dan 3 cawan air diatas api perlahan.
  7. Bila agar-agar dah larut tutup api kejap dan masukan butter yang dikacau tadi.
  8. Ok dah masuk semua butter tu boleh buka balik api. Masak hingga mendidih. Api biar slow tau.
  9. Bila butter tadi dah masak boleh tuang sikit demi sikit kat atas agar-agar lumut tadi.
  10. Ok dah jadi macam ni boleh sejukkan dalam peti ais.
  11. Taraaaaa siap.

4. Resipi Cheesekut 4 Bahan

Bahan-bahan:

  • 200-250g cream cheese
  • 1 paket biskut cream crackers
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)

Untuk Layer/Topping : Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa)

Cara-cara:

  1. Blend cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dalam 4 sudu besar) sampai kembang/ gebu.
  2. Sediakan bekas. Ukur biskut dan adjust siap-siap. Lepastu letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. Biskut tu rendam sekejap dalam susu segar ye. Jangan lama-lama. Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
  3. Kemudian tabur milo (ni je yang ada. Ikut korang la ye. Boleh letak nestum/oreo/cornflakes).
  4. Ulang step tu sampai habis adunan cream cheese. Boleh hias topping ikut citarasa ye.
  5. Dah siap. Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.

5. Resipi Cocktail Buah Lemak Manis

Bahan-bahan:

  • 2 tin susu sejat
  • Satu tin kecil Ice cream soda (Pemanis)
  • Satu tin buah laici (Optional)
  • Satu biji buah naga putih / merah
  • Nata de coco
  • Sumi pelbagai perisa
  • Buah2 buahan sebenar
  • Ais

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dalam 1 bekas kemudian kacau perlahan-lahan.
  2. Terpulang nak tambah air atau tak.
  3. Sementara nak berbuka tu boleh simpan dalam peti sejuk dulu baru umphhhhhh.

6. Resipi Mango Milk Cheese

Bahan-bahan inti:

  • 3 biji mangga (dipotong dadu)
  • Jelly perasa mangga (dipotong dadu)
  • Nata de coco secukupnya (boleh ganti nutrijell kelapa)
  • Biji selasih secukupnya (rendam dalam a

Bahan milk cheese:

  • 1 biji mangga (ambil isi sahaja)
  • Cream cheese 170 g
  • Susu full cream/uht 500 ml
  • Susu cair 380 ml (boleh juga pakai uht semua)
  • Susu pekat 80 g (ikut atas selera masing-masing)

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan milk cheese, kemudian kisar sehingga sebati
  2. Campur semua bahan bahan inti dengan milk cheese tadi, kemudian tuangkan dalam bekas.
  3. Boleh dimakan terus atau sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu.
  4. Kalau suka cheese, boleh tambahkan parutan cheese cheddar. Selamat mencuba!

7. Resipi Buko Pandan Cheese 

Bahan-bahan untuk Buko (A):

  • Isi kelapa dihiris halus (2 biji)
  • 1 mangkuk sago direbus dan dicuci
  • 1 mangkuk agar2 perisa kelapa pandan buatan sendiri dan dipotong dadu
  • 1 tin Nata de Coco perisa Original @ Laici
  • Cheddar Cheese secukupnya

Bahan-bahan untuk kuahnya (B):

  • Air kelapa dari 2 biji kelapa
  • 500g @ Separuh kotak Fresh Cream (Value Pride)
  • 2 kotak susu full cream
  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat (ejas ikut kemanisan yang disukai)
  • Air dari Nata de Coco pun boleh masuk sekali jangan buang
  • Perisa Kelapa Pandan
  • Pewarna Hijau

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan A, seperti dalam gambar Buko tanpa kuah. Parutan cheese atas sekali.
  2. Campurkan semua bahan B. Ejas ikut tekak masing2. Masa ni kena buat manis lebih sebab bila dah campur dengan semua bahan dia akan kurang manis. Sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Kalau nak makan dalam masa yang singkat boleh campur semua bahan dan letak ice cube.

Tips:

  • Saya tak campur air biasa dan gula pasir dalam bahan kuah ya. Semua kemanisan daripada susu pekat dan fresh cream. Jadi kalau nak buat banyak, tambah saja susu full cream banyak2 dan ejas kemanisan guna susu pekat, pasti customer anda tak nampak dah resepi lain.
  • Tak suka ada cheese, tak payah cheese. Pun sedap tau. Dua2 saya jual tapi review lebih ramai suka cheese lemak-lemak gitu.
  • Doakan saya dan kita semua murah rezeki…saya ikhlas berkongsi resepi dan tips. Terima kasih semua, selamat mencuba.

8. Resipi Cocktail Buah Paling Sedap

Bahan-bahan:

  • Satu tin susu sejat
  • Setengah tin susu pekat
  • Satu tin buah laici
  • Satu biji buah naga
  • Dua biji buah mangga
  • Cincau
  • Ais

Cara-cara:

  1. Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.
  2. Tambah lagi dua cawan air. Campur semua bahan.
  3. Masukkan ais bila nak makan.
  4. Siap!

9. Resipi Puding Mangga Susu

Bahan A:

  • 10g agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji mangga
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit lemon yellow
  • Secubit garam – jika suka

Cara penyediaan:

  1. Agar-agar tali gunting kecil2. Jirus air/cuci kemudian masak dengan air bagi larut agar-agar.
  2. Sementara tu boleh blender buah mangga, susu cair, tepung jagung & sedikit lemon yellow hingga hancur halus.
  3. Tuang dlm periuk agar-agar tadi, kacau sedikit. Masukkan susu pekat dan secubit garam jika suka.
  4. Kacau dan sebatikan, tak perlu masak sampai mendidih.
  5. Basahkan dulu loyang 8×8 dan tuangkan kesemuanya.
  6. Biarkan sederhana beku.

Bahan B:

  • 10g agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 susu pekat manis
  • 2 biji mangga – potong dadu
  • 2 – 3 sudu oren sunquick

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar dgn air hingga larut agar-agar
  2. Ketepikan dulu 1/2 cawan agar-agar ni
  3. Tuang susu cair kemudian susu pekat. Kacau-kacau sebatikan.
  4. Tuang perlahan-lahan atas puding mangga tadi. Biarkan sederhana beku
  5. Mangga yg di potong dadu + dgn oren sunquick dan gaul-gaul rata.
  6. Susun/tabur mangga perlahan2 atas puding susu tu keseluruhan loyang.
  7. 1/2 cawan agar-agar yg di asingkan tadi panaskan semula atas api perlahan bagi cair.
  8. Tuang sikit-sikit atas puding mangga (bagi keseluruhan mangga terkena agar-agar ni ya. Biar nanti dia melekat elok, tak terkeluar/tertanggal mangga tu.
  9. Masuk dlm peti sejuk 1 jam atau lebih.
  10. Keluarkan puding dari loyang dan potong ikut suka.
  11. Sedia untuk  di hidang.

10. Resipi Butir Nangka

Bahan untuk membuat tepung butir nangka:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam halus
  • Air, dituang sedikit demi sedikit
  • Setitik perwarna kuning

Cara-cara:

  1. Campurkan semua sekali dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Cubit sedikit doh dan gentel membujur.
  3. Rebus di dalam air yang sedang mendidih.
  4. Sehingga butir nangka timbul, angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.

Bahan untuk membuat kuah:

  • Setengah cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 2 ikat daun pandan
  • Sedikit halba
  • 3 sudu besar bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Masukkan setengah cawan air, 3 sudu besar gula putih, 2 ikat daun pandan.
  2. Biarkan mendidih dan gula cair.
  3. Kemudian perlahankan api, masukkan sekotak santan. Sentiasa gaul kuah.
  4. Masukkan sedikit halba.
  5. Masukkan 3 sudu besar bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  6. Masukkan tepung butir nangka.
  7. Gaul sebati. Siap. Boleh simpan di dalam peti untuk dimakan sejuk-sejuk.
tags: | |