Udang kering biasanya adalah bahan yang akan menyedapkan sesuatu makanan jika dicampur ke dalam makanan tertentu. Makanan seperti nasi goreng, mi bandung dan makanan bersambal lain memang memerlukan udang kering untuk rasa makanan yang lebih menyelerakan.
Jadi untuk kali ini, kami ingin berkongsi cara untuk buat sendiri udang kering homemade yang segar. Bukan setakat menyegarkan, malah udang kering yang dibuat sendiri di rumah memang jimat banyak dari beli sendiri.
Menerusi perkongsian Facebook oleh Faizah Hussin ini, ramai yang mendapat manfaat dan ilmu berguna untuk buat udang kering secara homemade ini. Kalau susah nak jemur panas, boleh keringkan guna ketuhar je. Memang boleh sangat untuk nak cuba.
Bahan-Bahan:
- 1kg udang merah kulit keras
- 1/2 cawan air
- 1 sudu garam kasar
Cara Penyediaan:
- Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood/makanan laut.
- Udang yang sudah siap dibasuh.
- Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
- Masukkan sesudu garam kasar. Garam ini bertujuan supaya udang tidak busuk.
- Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
- Jemur udang di bawah cahaya matahaai hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung, keringkan udang dalam oven. Untuk suhu dan masanya, boleh cuba guna suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.
- Bila udang sudah kering dengan sempurna, masukkan dalam plastik. Lenyekkan sedikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di meja. Keluarkan isi udang dari dalam plastik.
- Inilah hasil udang kering buat sendiri. Udang ini sudah bersih jadi boleh terus dimakan atau dimasukkan dalam masakan.
Sudah siap udang kering homemade kita! Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!
Sumber: Faizah Husain