Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Sampai 1 Hari Tempe Terus Rosak? Ini 3 Cara Simpan Tempe Dengan Betul Supaya Tahan Lama

Tak Sampai 1 Hari Tempe Terus Rosak? Ini 3 Cara Simpan Tempe Dengan Betul Supaya Tahan Lama

Kategori: ,
Cara Simpan Tempe

Tempe merupakan makanan tradisional yang diperbuat daripada kacang soya. Mempunyai tekstur yang keras, ia selalunya digoreng sehingga ranggup dengan begitu sahaja atau bersama sambal bagi menambahkan rasa.

Walaupun mudah dan murah untuk didapati, tempe sebenarnya akan cepat rosak jika tidak disimpan dengan betul. Ini yang membuat orang ramai ‘potong mood‘ untuk memasaknya!

Tapi jangan risau buat penggemarnya, di sini kami ingin berkongsi tiga cara mudah oleh alun.rahma yang anda boleh amalkan untuk simpan tempe supaya tahan lebih lama.

3 Cara Simpan Tempe Dengan Betul Supaya Tahan Lebih Lama

1. Cara Pertama 

  • Potong tempe sesuai dengan ukuran bekas makanan. Cara Simpan Tempe
  • Simpan dalam bekas makanan yang tertutup. Cara Simpan Tempe
  • Simpan di bahagian chiller dan tahan selama tiga hingga lima hari. Cara Simpan Tempe

2. Cara Kedua

  • Potong tempe sesuai dengan saiz yang ingin dimasak. Cara Simpan Tempe
  • Simpan dalam bekas makanan mengikut portion yang ingin dimasak. Cara Simpan Tempe
  • Letakkan di bahagian freezer dan boleh tahan selama satu hingga empat minggu. Cara Simpan Tempe

3. Cara Ketiga

  • Rebus tempe terlebih dahulu.
  • Tambahkan garam, serbuk bawang putih, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan daun bay. Cara Simpan Tempe
  • Simpan tempe dalam bekas makanan tertutup. Cara Simpan Tempe
  • Simpan di ruang chiller, mampu tahan selama tiga hari. Cara Simpan Tempe
  • Manakala di bahagian freezer pula tahan dua minggu. Cara Simpan Tempe

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, tonton video di bawah.

@alun.rahma

Biasanya menggunakan cara yang mana nih untuk menyimpan tempe?? @foodpreparation_id #fyp #viral #tipsmasak #reseptiktok #tempe #foodprep

♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

@alun.rahma Biasanya menggunakan cara yang mana nih untuk menyimpan tempe?? @foodpreparation_id #fyp #viral #tipsmasak #reseptiktok #tempe #foodprep ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

Tempe boleh digunakan pada jangka masa yang lama jika anda tahu menyimpannya. Di sini ada tiga cara, ikut sahaja salah satu darinya.

Semoga tips ini dapat membantu anda!

Kredit: alun.rahma

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi 6 Tips Ramai Perlu Tahu Supaya Sambal Tempe Rangup & Tahan Lama, Serta Resepi Special Dari Ibunya

tags: | |