Tempe merupakan makanan tradisional yang diperbuat daripada kacang soya. Mempunyai tekstur yang keras, ia selalunya digoreng sehingga ranggup dengan begitu sahaja atau bersama sambal bagi menambahkan rasa.
Walaupun mudah dan murah untuk didapati, tempe sebenarnya akan cepat rosak jika tidak disimpan dengan betul. Ini yang membuat orang ramai ‘potong mood‘ untuk memasaknya!
Tapi jangan risau buat penggemarnya, di sini kami ingin berkongsi tiga cara mudah oleh alun.rahma yang anda boleh amalkan untuk simpan tempe supaya tahan lebih lama.
3 Cara Simpan Tempe Dengan Betul Supaya Tahan Lebih Lama
1. Cara Pertama
- Potong tempe sesuai dengan ukuran bekas makanan.
- Simpan dalam bekas makanan yang tertutup.
- Simpan di bahagian chiller dan tahan selama tiga hingga lima hari.
2. Cara Kedua
- Potong tempe sesuai dengan saiz yang ingin dimasak.
- Simpan dalam bekas makanan mengikut portion yang ingin dimasak.
- Letakkan di bahagian freezer dan boleh tahan selama satu hingga empat minggu.
3. Cara Ketiga
- Rebus tempe terlebih dahulu.
- Tambahkan garam, serbuk bawang putih, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan daun bay.
- Simpan tempe dalam bekas makanan tertutup.
- Simpan di ruang chiller, mampu tahan selama tiga hari.
- Manakala di bahagian freezer pula tahan dua minggu.
Untuk penjelasan yang lebih lanjut, tonton video di bawah.
@alun.rahma Biasanya menggunakan cara yang mana nih untuk menyimpan tempe?? @foodpreparation_id #fyp #viral #tipsmasak #reseptiktok #tempe #foodprep
@alun.rahma Biasanya menggunakan cara yang mana nih untuk menyimpan tempe?? @foodpreparation_id #fyp #viral #tipsmasak #reseptiktok #tempe #foodprep ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX
Tempe boleh digunakan pada jangka masa yang lama jika anda tahu menyimpannya. Di sini ada tiga cara, ikut sahaja salah satu darinya.
Semoga tips ini dapat membantu anda!
Kredit: alun.rahma