Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 6 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap & Mudah Untuk Membuatnya

6 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap & Mudah Untuk Membuatnya

Kategori:
resipi nasi goreng

Bulan Ramadan sudah pun tiba. Pasti anda tertanya-tanya menu apa yang perlu dimasak atau dibuat sempena untuk berbuka puasa atau sahur. Kalau boleh nak menu yang simple-simple dan senang untuk melakukannya.

Apa kata anda cuba memasak salah satu daripada 6 resepi nasi goreng yang kami kongsikan ini. Yang paling penting ianya sangat senang dan bahan juga sangat mudah didapat. Jom kita tengok 6 resepi nasi goreng yang sedap dan mudah ini.

6 Resepi Nasi Goreng Sedap & Mudah

1. Resepi Nasi Goreng Pataya

resipi nasi goreng

BAHAN-BAHAN :

  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa

 

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau,
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
  3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
  4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
  5. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati.
  6. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

 

PROSES PEMBUNGKUSAN TELUR :

  1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
  3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
  4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul. Letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
  5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
  6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
  7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

 

2. Resipi Nasi Goreng Cina

resipi nasi goreng

BAHAN-BAHAN :

  •  1- mangkuk nasi putih
  • 1 – 2 sudu besar mentega
  • 3 – 4 ulas bawang putih – tumbuk
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • Isi ayam – potong kecil
  • Udang secukupnya- takda pun takpa
  • 1 sudu besar lada sulah – tumbuk
  • 2 biji telur
  • Lobak merah – potong dadu
  • Cili padi – hiris
  • Sayur kubis – hiris panjang
  • Daun bawang – hiris halus

 

CARA MEMASAK :

1) Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

2) Panaskan minyak dan tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan lobak merah.

3) Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.

4) Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.

5) Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

3. Resipi Nasi Goreng Kampung

resipi nasi goreng

BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan nasi sejuk, dileraikan
  • 1/2 cekak kangkung,
  • 1 keping dada ayam yang dihiris
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 biji bawang merah- tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk halus
  • 10 biji cili padi merah Thai- tumbuk halus
  • 1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
  • Secubit belacan

 

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dalam kuali, goreng iakn bilis dan ketepikan.

2) Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi merah, hingga harum

3) Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. Masukkan sos tiram

4) Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
Tambah garam secukup rasa

5) Masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.

6) Akhir sekali masukkan ikan bilis

 

4. Resipi Nasi Goreng Ikan Masin

BAHAN-BAHAN :

  • 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
  • Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMASAK :

1. Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

2. Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.

3. Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.

4. Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Masukkan garam sekiranya ikan masin tidak cukup masin

5. Resipi Nasi Goreng Tomyam

BAHAN-BAHAN :

  • 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar pes Tom Yam / 1 kuib tomyam
  • 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
  • 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
  • 2 sudu besar sos ikan- takda pun takpe
  • Sayur kobis, potong kecil
  • Lobak merah, potong dadu kecil
  • 2-3 helai sawi, hiris nipis

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR :

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi

CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.

2) Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika.

3) Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, lobak merah dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.

4) Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan dan teruskan kacau sehingga nasi kering sebati.

5) Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa

6. Resipi Nasi Goreng Kicap

BAHAN-BAHAN :

  • 2 pinggan nasi putih,
  • 1/2 cawan ayam
  • 2 batang sawi,
  • 2 biji telur (dipukul),
  • 5 biji cili merah,
  • 3 ulas bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kisar, Garam secukup rasa ,
  • kicap lemak manis

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah dan cili kisar,

2) Kemudian masukkan ayam. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkan telur sambil dikacau-kacau.

3) Masukkan nasi serta masukkan kicap,sedikit garam. Kicap bubuh banyak skit bagi nampak nasi goreng kicap hehe

 

Sumber : Maymunah Hashim

tags: |