Kopi sudah menjadi satu kewajiban bagi kebanyakan orang. Rasa serta aromanya yang enak boleh membuatkan sesiapa saja celik mata dan lebih bertenaga untuk mulakan hari baru.
Buat peminat tegar kopi, anda wajib cuba 7 produk kopi yang paling laris dan menjadi kegemaran ramai ni. Terdapat pelbagai pilihan yang pasti bakal melengkapi pagi anda. Kalau nak pekena untuk minum petang pun best!
Jom kita tengok 7 kopi sedap yang wajib anda nikmati di rumah!
Diperbuat daripada 100% biji Arabika dari Brazil, ramai yang cukup menggemari aroma serta rasa serbuk kopi Wonda yang premium. Terdapat dua pilihan serbuk kopi Wonda iaitu :
Instant Coffee Premium Class
Instant Coffee Gold Class
Bagi yang suka pekena kopi 3-in-1 tak kira masa, apa kata anda cuba jenama Aik Cheong? Walaupun kurang popular, namun rasa kopinya dikatakan cukup berkualiti dan teramatlah sedap!
Terdapat pelbagai kopi pracampur bestseller yang anda boleh dapatkan daripada Aik Cheong iaitu :
Jenama Moccona turut digemari oleh coffee lover kerana rasanya yang cukup beraroma dan menyegarkan. Ada yang kata kopi ini rasa hampir macam Farm Fresh Coffee bila ditambah dengan susu segar!
Apa yang menarik tentang kopi ini adalah variasi serbuk kopi yang boleh dipilih berdasarkan citarasa. Anda boleh serbuk kopi dengan intensiti dari tahap 5 hingga 10.
Kopi decaf pun ada bagi yang nak nikmati kopi pada waktu malam.
Antara pilihan serbuk kopi yang ditawarkan adalah :
Kalau anda lebih sukakan kopi jenis berkrim, bolehlah cuba kopi 3-in-1 dari Moccona seperti Latte, White Espresso dan Cappucino.
Pernah tular masa awal PKP beberapa tahun lepas, penangan Kopi Cap TV Kluang memang lain macam! Kata orang Johor, kopi ini turut digemari oleh kerabat diraja Johor.
Penggemar Kopi O wajib cuba kopi kebanggaan orang Johor ni, memang padu bila dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.
Jenama Starbucks boleh dikatakan antara yang paling top di kalangan peminat tegar kopi. Kalau nak tahu, Starbucks juga hasilkan serbuk kopi bancuh sendiri untuk anda nikmatinya di rumah.
Sekali bancuh, semerbak satu rumah dengan bau kopi Starbucks!
Antara serbuk kopi yang paling laris ialah :
Kalau anda sukakan rasa kopi lemak berkrim, anda juga boleh cuba Premium Instant Coffee dari Starbucks iaitu Cappucino, Caramel Latte dan Caramel Mocha yang cukup padu!
Confirm lebih nikmat dan jimat bila anda bancuh sendiri di rumah! Kalau ada serbuk kopi ni, nak minum Starbucks hari-hari pun boleh!
Antara jenama kopi dari Muar yang jarang didengar namun cukup laris di atas talian, ramai yang menggemari bau semerbak kopi ini serta rasanya yang cukup kaw.
Terdapat pelbagai piiilihan biji kopi yang anda boleh nikmati di rumah seperti Arabica, Robusta, Italian Style dan Liberica.
Salah satu ciri-ciri menarik dari kopi Mister Coffee adalah pilihan kehalusan kopi yang ditawarkan dari Extra Coarse (paling kasar) hingga Extra Fine (paling halus).
Setiap tahap kehalusan kopi ini pula mempunyai kesesuaian yang berbeza bergantung pada citarasa anda. Kalau anda sukakan kopi bancuh biasa, boleh pilih yang medium. Kalau anda sukakan yang pekat macam espresso, anda boleh pilih extra fine.
Lavazza juga merupakan antara jenama kopi sedap yang turut disyorkan oleh netizen. Ia juga merupakan antara pilihan kopi paling popular bagi yang sedang berdiet kerana kandungan kalorinya yang sangat rendah iaitu sekitar 2 kcal sahaja!
Untuk anda yang pertama kali try jenama ini, cubalah Lavazza Espresso, Lavazza Intenso atau Lavazza Crema E Gusto.
Banyak rupanya jenama kopi yang padu untuk dicuba. Semuanya menarik dan nampak sedap untuk dicuba. Dari kopi pekat sehinggalah kopi yang sesuai diminum pad awaktu malam, kesemuanya pasti bakal menepati citarasa anda. Jom cuba jenama kopi sedap ni di rumah!