Kebaikan yang tersebar luas dapat menyelamatkan nyawa-nyawa yang dahagakan kebaikan tersebut.
Melalui kebaikan berkongsi makanan misalnya, dengan secara tak langsung kita dapat menolong seseorang mengisi perut untuk teruskan hidup.
Seperti kebaikan yang dikongsi oleh sebuah restoran di Bukit Raja, Klang yang mendapat perhatian di media sosial kerana inisiatif yang memberikan makanan percuma kepada golonagn yang memerlukan.
Kopitiam Choon Guan Hainan Coffee 1956 telah menyediakan sistem mudah untuk sesiapa sahaja yang merasakan mereka tidak mampu membeli makanan.
Papan tandi di restoran itu berbunyi –
“Jika anda lapar dan tidak mempunyai wang, makanan ini telah dibayar terlebih dahulu,”.
Di bawah papan tanda terdapat resit bertanda (sudah dibayar) untuk pelbagai hidangan yang disajikan di kedai kopi. Ia termasuk Naso Goreng Hailam, Nasi Lemak Ayam Rendang dan kopi serta teh.
Mereka yang memerlukan hanya boleh mengambil salah satu resit dan menuntutnya di juruwang untuk mendapatkan makanan percuma.
Pemilik perniagaan baru-baru ini berkongsi tentang inisiatif makanan percuma oleh restoran dalam kumpulan komuniti Facebook, mengakui bagaimana sesiapa sahaja boleh merasainya ketika masa sukar.
Dalam kumpulan komuniti Klang, pemilik David Kan Yew Weng menulis, “Kami faham bahawa kadangkala kehidupan boleh mencabar. Kami berada di sini untuk menyokong komuniti kami, kerana tiada siapa yang harus kelaparan.”
Sementara itu, kopitiam itu juga telah menyiarkan mengenai inisiatif itu secara terbuka di Instagram, yang dikatakan terus hidup oleh pelanggannya yang murah hati yang menyertai usaha itu.
“Di Choon Guan 1956, kami percaya pada kuasa kebaikan dan komuniti.
“Mari kita terus membayarnya dan menyokong satu sama lain melalui perbuatan baik kecil,” katanya.
Hantaran itu telah menjadi tular dan mendapat pujian serta doa ramai yang mendoakan kesejahteraan peniaga tersebut.
“Bukti rakyat Malaysia memang pemurah. Terima kasih orang baik.”
Sumber: Choo Guan Cafe 1956 Cafe
Baca juga: Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion Di Amerika Syarikat, Dijual Dalam Bentuk Kapsul, Minuman Teh